Liga Fantasi SentrumMY Liga Fantasi Sentrum : PREMIER LEAGUE RETURNS!!

Liga Fantasi Sentrum : PREMIER LEAGUE RETURNS!!

-

[#LigaFantasiSentrumMY] PREMIER LEAGUE ARE BACK GUYS!!!!!

Setelah 3 bulan kita menanti dengan penuh kesabaran akhirnya saat yang dinanti tiba jua. BUKAN HARI RAYA ye hahahaha tapi EPL kini kembali menemui peminat di seluruh dunia!.

Image from skysports.com

Pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi bukan sahaja oleh pemain-pemain EPL tetapi bahana COVID-19 ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan seharian seluruh umat manusia!. Dan kita di Malaysia yang tercinta ini juga tidak terkecuali. Sebelum itu, tidak terlambat rasanya untuk Sentrum memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas limpah kurniaNYA, alhamdulillah negara kita kini semakin pulih. Sentrum juga ingin mengucapkan takziah kepada followers yang tidak bernasib baik dan kehilangan insan-insan tersayang sepanjang COVID-19 ini menghantui kita semua. Bagi yang lain, ingatlah ALWAYS STAY SAFE!. We may have won the battle, but the war had just begun!

Image from thestar.com.my

Moving on. Ape cerita pasukan fantasi kita? Setelah pemain-pemain kita terperap lama macam pekasam, mungkinkah mereka akan kembali beraksi pada tahap yang kita harapkan? Inilah dugaan para manager fantasi. Kebarangkalian untuk pemain-pemain kita ‘rusty’ amatlah tinggi. Makin pening lagi bila wildcard kita dah guna jadi macam mana guys?

 

Image from premierleague.com

GAMEWEEK 30+

DONT WORRY..semua fantasy manager menghadapi dilema yang sama. Oleh sebab itu Premier League Returns ni kembali dengan berita gembira. UNLIMITED TRANSFER untuk semua! Haaaaa lega tak? Berita baik telah diumumkan sejurus selepas keputusan muktamad fixtures terbaru EPL dikeluarkan. Bermaksud, kita semua boleh merombak serombak-rombaknya pasukan kita untuk menghadapi gameweek terbaru iaitu GAMEWEEK 30+ ini. Kenapa dipanggil GAMEWEEK 30+. Entahla.. hahahaha. Pada Sentrum ini adalah kerana, sepatutnya EPL musim 2019/2020 dah tamat tapi sebab COVID-19 melanda so terpaksalah dilanjutkan hence jadi lah 30+. Boleh terima tak?

5 SUBSTITUTES AVAILABLE

Apakah maksudnya? EPL telah mengumumkan peraturan terbaru iaitu setiap pasukan EPL akan dibenarkan untuk membuat pertukaran pemain sebanyak 5 kali dalam setiap perlawanan di mana sebelum ini hanya 3 pertukaran dibenarkan. Sentrum tak tau lah ini berita baik atau tidak untuk kesemua pasukan EPL tapi yang pastinya ini sedikit sebanyak menguntungkan pengurus fantasi dalam mencatur strategi pemain masing-masing. Bermakna pemain-pemain yang berharga murah tetapi dikategorikan sebagai super-sub  seperti Mason Greenwood, Moise Kean, Divock Origi, Jay Rodriguez, Michy Batshuayi dan ramai lagi akan lebih berpeluang untuk bermain dan menyumbangkan mata untuk kita.

DOUBLE GAMEWEEK

Untuk pengetahuan para pengurus sekalian, pada gameweek kali ini akan ada pasukan yang akan bermain 2 kali. Jadi fokus rombakan kita akan tertumpu kepada pasukan-pasukan tersebut iaitu:

Man City vs Arsenal
Man City vs Burnley

Sheffield United vs Aston Villa
Sheffield United vs Newcastle

Aston Villa vs Sheffield United
Aston Villa vs Chelsea

Arsenal vs Man City
Arsenal vs Brighton

Image from naijanews.com

Jadi dengan ini Sentrum akan membuat rombakan sepenuhnya kepada pasukan kita dengan mengambil kira pasukan yang akan bermain 2 kali demi merebut peluang untuk mengumpul mata semaksimum yang mungkin

BENCH BOOST

Bersempana dengan UNLIMITED TRANSFER dan DOUBLE GAMEWEEK ini juga, Sentrum akan cuba mengoptimumkan lagi peluang untuk mata yang tinggi dengan mengaktifkan chip Bench Boost! Haaaa kompom meletop ni guys! Apa tunggu lagi? Pastikan korang update line-up korang sebelum dateline ok!

#FantasyPremierLeague #FantasyLeague #PLFantasyManager#FantasyFootball #EPL #EnglishPremierLeague #SentrumLeague#SentrumMY

 

Taka
Taka
Cyberjunkie, Ada penyakit Footbalitis, Electronic Athlete, menulis sambil minum coffee...

Latest news

Liga Fantasi Sentrum : PREMIER LEAGUE RETURNS!!

Setelah 3 bulan kita menanti dengan penuh kesabaran akhirnya saat yang dinanti tiba jua, BUKAN HARI RAYA, tapi Premier League kini kembali menemui peminat di seluruh dunia!

5 Kejuaraan berturut-turut, Team Secret johan Blast Bounty HUNT

Team Secret juara kejohanan Blast Bounty Hunt anjuran Betway dan SteelSeries benam OG Esports 3-0 di pentas akhir, kejohanan kelima dalam masa 4 bulan.

COD:Mobile Musim 7, Radioactive Agent hadir dengan pelbagai ciri menarik!

[#CODM] COD:Mobile kini hadir di musim ke 7 iaitu Radioactive Agent dimana banyak ciri terbaru akan dilepaskan untuk peminat game tersebut. 

BTS Pro Series: America – Tempat untuk Evil Geniuses tebus kekalahan

[#Dota2] BTS Pro Series: America musim kedua kembali untuk rantau itu dimana 10 pasukan terbaik akan berentap untuk jumlah hadiah lebih RM200,000!

Dendi – B8 akhirnya peroleh kemenangan selepas kalah 24 kali!

[#Dota2] Pasukan lagenda Dota 2 Dendi, B8 Esports akhirnya memenangi perlawanan mereka selepas kalah berturut-turut sebanyak 24 kali!

OG Seed bukan lagi dibawah seliaan OG Esports.

[#Dota2] OG Esports umum lepaskan pasukan OG Seed dari organisasi tersebut awal malam semalam akibat konflik kepentingan organisasi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you