Liga Fantasi SentrumMY Langit Tidak Lagi Berwarna BIRU!

[#LigaFantasiSentrumMY] Langit Tidak Lagi Berwarna BIRU!

-

[#LigaFantasiSentrumMY] This is “KOP” year indeed!!

Image from express.co.uk

Shout out to all KOP fans! Kini langit tidak lagi berwarna BIRU! Perlawanan bertemu Man City dilihat mampu menjadi penentu kepada siapakah yang bakal menjadi Juara EPL musim 2019/2020. Ramai yang anticipate pertembungan malam tadi akan menjadi amat sengit tetapi tiada siapa menyangka Liverpool akan mendahului 2-0 seawal minit ke-18 separuh masa pertama! Gol-gol daripada Fabinho(min 8) dan Mo Salah (min 18 )menyaksikan Man City seperti telah hilang arah sebaik sahaja pengadil tidak menganugerahkan sepakan penalti kepada City setelah bola terkena tangan pertahanan Liverpool, Alexander Arnold di dalam kotak penalti.

Image from telegraph.co.uk

Ketiadaan penjaga gol utama Man City, Ederson (yang diganti oleh C.Bravo kerana mengalami kecederaan) tidak dapat dijadikan alasan kerana gol-gol Liverpool berpunca daripada gerakan-gerakan menarik dan serangan balik pantas yang gagal dipatahkan pertahanan Man City

Selaku Juara bertahan, Man City cuba bangkit pada separuh masa kedua tetapi ternyata Liverpool mempunyai kelebihan dari segi mental dan kawalan permainan yang baik. Hasilnya, Mane menyumbang gol ke-3 dengan menanduk masuk cantik bola hantaran lintang Jordan Henderson minit ke-50

Keputusan Pep untuk membawa masuk Jesus menggantikan Aguero pada minit ke-70 boleh dipertikai, kerana ketinggalan 3-0, City sepatutnya menggunakan khidmat kedua-dua penyerang tersebut dan bukan sebaliknya!. Apatah lagi, malam itu Aguero beraksi dengan cemerlang cuma kurang bernasib baik dalam mencari sentuhan penyudah.

Namun, pujian harus diberikan kepada usaha dan semangat juang yang dipamerkan pemain-pemain The Citizens kerana walaupun ketinggalan 3-0 mereka tetap bermain dengan penuh kesungguhan dan akhirnya rembatan kaki kiri Bernardo Silva berjaya menewaskan Allison untuk gol pertama City pada minit ke-78

Kelihatan Pep Guardiola teramat berang pada minit ke-80 apabila Man City sekali lagi tidak dianugerahkan sepakan penalti apabila bola yang AGAIN terkena tangan Alexander Arnold di dalam kawasan kotak penalti!

Image from times.co.uk

But in the end, only one will triumph..and its LIVERPOOL..congrats from SENTRUM!!

#FantasyPremierLeague #FantasyLeague #PLFantasyManager#FantasyFootball #EPL #EnglishPremierLeague #SentrumLeague#SentrumMY

Taka
Taka
Cyberjunkie, Ada penyakit Footbalitis, Electronic Athlete, menulis sambil minum coffee...

Latest news

Astralis Juara IEM Beijing | Menang mudah keatas 100 Thieves

Pasukan gergasi CSGO Astralis menang mudah kejohanan IEM Beijing semalam selepas benam pasukan 100 Thieves 3-0 di pentas akhir.

[#LigaFantasiSentrumMY] Langit Tidak Lagi Berwarna BIRU!

Shout out to all KOP fans! Kini langit tidak lagi berwarna BIRU! Adakah kejuaraan musim ini akan menjadi milik Liverpool akhirnya?

Worlds 2019 | FunPlus Phoenix Juara Kejohanan dunia League of Legends

Pasukan dari China FunPlus Phoenix (FPX) menjuarai kejohanan paling berprestij League of Legends, Worlds 2019 semalam selepas benam pasukan G2 Esports 3-0!

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Liga Fantasi Sentrum : Percaturan Minit Terakhir!

Just Follow Sentrum And You Are In A Good Shape! Minggu ni sibuk sangat sampai tak ingat sibuk sebab...

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you