[#CSGO] Astralis kini mempunyai seorang AWPer utama apabila berjaya mendapatkan khidmat Phillip “Lucky” Ewald daripada pasukan Tricked Esports.
Perpindahan ini bermakna pasukan tersebut menghidupkan semula 6-man roster dan masih mengekalkan barisan pemain yang berpengkalan di Denmark.
WHO AWP?!
Please welcome @Luckyv1CSGO pic.twitter.com/8qYrLUPuVb
— Astralis Counter-Strike (@AstralisCS) July 26, 2021
Pemain berusia 18 tahun itu bakal diberikan tanggungjawab yang besar untuk mengisi kekosongan bekas pemain AWPer elit Astralis, Nicolai “device” Reedtz yang berhijrah ke pasukan Ninjas in Pyjamas.
“Saya menikmati setiap minit bersama Tricked Esports dan saya sangat menghargai pengalaman itu.
“Apabila Astralis mula datang ‘merisik’ untuk menjadi sebahagian daripada mereka, saya tidak menunggu lama untuk menyatakan bahawa saya setuju,” kata Lucky dalam kiriman yang dikeluarkan oleh organisasi e-sukan tersebut.
Beliau juga memberitahu bahawa tekanan mula dirasai apabila peminat mula membandingkan dirinya dengan Device dan mengakui bahawa sukar untuk menyaingi pemain elit tersebut.
Namun beliau juga berjanji akan membawa nama Astralis kembali sebagai pasukan yang digeruni di Eropah dan juga dunia.
Sebelum ini, peranan AWPer diberikan Peter “dupreeh” Rasmussen dan beliau mengakui bahawa ketiadaan penembak hendap sepenuh masa sedikit mengganggu kelancaran permainan mereka.
Lucky akan membuat penampilan pertama beliau bersama Astralis di saingan ESL Pro League 14 yang akan berlangsung kurang dari 3 minggu lagi.
Sumber: Astralis CS
#ToTheStars #AstralisFamily
Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!