GAMING | ESUKAN Mobile Legends M1 | EVOS Legends juara dunia Mobile Legends pertama!

M1 | EVOS Legends juara dunia Mobile Legends pertama!

-

[#MLBB] Kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang M1 semalam labuhkan tirai dengan pasukan dari Indonesia EVOS Legends dinobat sebagai juara dunia pertama.

Evos Legend Juara Dunia Mobile Legends pertama Foto FB MLBB

Pasukan EVOS Legends bertemu dengan pasukan senegara Rex Regum Qeon (RRQ) di pentas akhir kejohanan berkenaan. RRQ kalahkan pasukan negara Todak 3-1. Pasukan negara Todak adalah antara dua pasukan negara yang layak ke pusingan kalah mati bersama-sama dengan Axis Esports.

EVOS Legends mula perjalanan di kejohanan M1 ini dengan bergaya apabila menjuarai kumpulan D bersama dengan pasukan seperti 10SECOND GAMING+, DEUS VULT dan juga ONIC PH. Berbekalkan dengan 8 mata sebagai pasukan teratas di kumpulan D, pasukan EVOS Legends layak ke pusingan kalah mati di kumpulan menang (Upper Bracket).

Perjalanan EVOS Legends di kumpulan menang (Upper Bracket) juga kelihatan semudah ABC dimana mereka kalahkan juara kumpulan B – BURMESE GHOULS 2-0 dan terus kalahkan pasukan RRQ 3-0 sebelum bertemu dengan mereka kembali di pentas akhir.

Pasukan RRQ kalahkan pasukan negara Todak 3-1 di perlawanan pentas akhir kumpulan kalah (Lower Bracket) memberikan peluang kepada RRQ untuk membalas dendam terhadap EVOS Legends di pentas akhir.

EVOS Legends bertemu dengan RRQ dikatakan seperti EL Classico Mobile Legends ternyata benar apabila kedua-dua pasukan berentap sehingga perlawanan ke 7 dimana pasukan EVOS Legends menang 4-3.

Tahniah buat pasukan EVOS Legends dan juga RRQ. Tidak lupa kepada pasukan Todak yang menharumkan nama negara sehingga ke hari terakhir kejohanan dunia Mobile Legends M1 tempoh hari!

Kejohanan dunia Mobile Legends seterusnya dilaporkan akan diadakan di Indonesia Jakarta!

Sumber: M1

#MLBB #MobileLegends #M1 #MobileLegendsWorldCup #EVOSLegends #RRQ #TodakEsports

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

M1 | EVOS Legends juara dunia Mobile Legends pertama!

Kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang M1 semalam labuhkan tirai dengan pasukan dari Indonesia EVOS Legends dinobat sebagai juara dunia pertama.

SK Telekom T1 | Febby pelengkap roster

Kim "Febby" Yong-min pelengkap roster pasukan Dota 2 SK Telekom T1 bersama-sama dengan PieLieDie dan juga FoREv.

MDL Chengdu | 5 pemain negara akan beraksi di Major DPC pertama musim baru

Lima pemain negara akan berentap di MDL Chengdu | Major pertama musim baru DPC - rebut lebih RM 4 juta jumlah kolam hadiah.

PieLieDie sertai kelab gergasi Korea Selatan SK Telekom T1

Johan 'PieLieDie' Åström dilihat sertai pasukan gergasi Korea Selatan SK Telekom T1 menurut laman web rasmi pendaftaran Major Valve semalam.

Chaos EC | Saberlight tidak diserap masuk selepas Dota Summit

Kelab esukan Chaos EC melepaskan pemain posisi 3 mereka - Saberlight- selepas kejohanan Dota Summit 11 yang baru sahaja selesai minggu lepas.

Astralis Juara IEM Beijing | Menang mudah keatas 100 Thieves

Pasukan gergasi CSGO Astralis menang mudah kejohanan IEM Beijing semalam selepas benam pasukan 100 Thieves 3-0 di pentas akhir.

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you