Movie Buff MARVEL kembali dengan Fasa 4 - Black Widow, Eternals,...

MARVEL kembali dengan Fasa 4 – Black Widow, Eternals, Shang-Chi, Dr Strange, Thor

-

Marvel membuat pengumuman tentang penyambungan Marvel Cinematic Universe fasa 4 di majlis Comic Con yang diadakan di San Diego sebentar tadi.

Selepas pengumuman mengejut dari Tom Cruise yang datang dan memperkenalkan filem terbaru sekuel TOP Gun iaitu Top Gun Maverick yang akan ditayangkan pada 2020 nanti, Presiden Marvel, Kevin Feige pula mengumumkan  sambungan Fasa 4 Marvel Cinematic Universe yang menjadi tanda tanya selama ini oleh peminat Marvel.

Marvel Cinematics Universe berakhir dengan  kematian Ironman, Black Widow dan juga pengakhiran Captain America serta beberapa  “key character” di Endgame, namun pengemasan fasa 3 dapat dilihat pada Spiderman Far From Home iaitu filem terakir Marvel fasa 3.

Antara filem yang diumumkan adalah Captain Marvel 2 (mungkin), Shang Chi And The Legend of The Ten Rings, Thor: Love and Thunder, The Eternals, Black Widow dan Dr Strange In The Multiverse of Madness.

Filem Black Widow akan ditayangkan pada awal mei 2020 yang masih kekalkan karakter utama iaitu Scarlett Johansson. Diikuti oleh The Eternals yang akan ditayangkan pada November 2020.

The Eternals menawarkan penampilan pertama Salma Hayek sebagai Ajak di Marvel Cinematic Universe.

Dibawah adalah senarai pelakon untuk The Eternals termasuk bintang Angelina Jolie  yang juga bintang The Maleficent:

• Angelina Jolie is Thena
• Salma Hayek as Ajak
• Chloe Zhao will direct
• Lauren Ridloff as Ikari
• Richard Madden is Icarus
• Kumail Nanjiani is Kingo
• Bryan Tyree Henry is Phastos
• Lia McHugh is Sprite
• Don Lee is Gilgamesh

Captain Marvel juga akan kembali di Marvel fasa 4 yang diumumkan oleh Presiden Marvel Kevin Feige, namun masih lagi samar samar kerana beliau mengatakan tidak cukup masa.

“We didn’t have time to talk about Captain Marvel 2.” Kevin Feige

Seterusnya Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings yang akan ditayang kan pada Feb 2021. Diarahkan oleh Destin Daniel Cretton dan Tony Leung akan memainkan watak The Mandarin dimana Simu Liu sah sebagai watak Shang Chi.

Filem ini memfokuskan lebih kepada watak keAsia-an dicampur dengan “Asian American”

Dr Strange juga diumumkan semasa Comic Con itu yang akan dirilis pada Mei 2021. Benedict Cumberbatch kembali dengan watak utama Dr Strange dan Benedict Wong juga kembali dengan watak Wong.

Watak jahat dalan Dr Strange masih menjadi tanda tanya dengan siapakah akan DR Strange berlawan pada kali ini.

Thor: Love and Thunder kembali bersama dengan Natalie Portman. Tessa Thompson  juga kembali sebagai watak Valkryie dimana beliau di war warkan menjadi “Queen” or maybe King? No komen untuk isu ini. LOL

Black Panther, Wanda Vision, Loki, The Falcon and Winter Soldier dan Hakweye juga telah diumumkan sebagai siri Disney+ tetapi tidak pasti lagi tarikh tayangan atau apa-apa detail.

Apa-apa pon, sekali Marvel dah bagi, macam nak muntah, excited dan macam-macam lagi lah, ape pendapat korang? untuk Filem Marvel yg tidak terlibat fasa 3 MCU seperti, Fantastic 4, Blade, XMEN dan Disney+ aku tulis lain hari.

Sumber: AKSIZ dan MovieWEB

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Astralis Juara IEM Beijing | Menang mudah keatas 100 Thieves

Pasukan gergasi CSGO Astralis menang mudah kejohanan IEM Beijing semalam selepas benam pasukan 100 Thieves 3-0 di pentas akhir.

[#LigaFantasiSentrumMY] Langit Tidak Lagi Berwarna BIRU!

Shout out to all KOP fans! Kini langit tidak lagi berwarna BIRU! Adakah kejuaraan musim ini akan menjadi milik Liverpool akhirnya?

Worlds 2019 | FunPlus Phoenix Juara Kejohanan dunia League of Legends

Pasukan dari China FunPlus Phoenix (FPX) menjuarai kejohanan paling berprestij League of Legends, Worlds 2019 semalam selepas benam pasukan G2 Esports 3-0!

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Liga Fantasi Sentrum : Percaturan Minit Terakhir!

Just Follow Sentrum And You Are In A Good Shape! Minggu ni sibuk sangat sampai tak ingat sibuk sebab...

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you