GAMING | ESUKAN Dota 2 MDL Chengdu | 5 pemain negara akan beraksi di...

MDL Chengdu | 5 pemain negara akan beraksi di Major DPC pertama musim baru

-

[#Dota2] Lima pemain negara akan berentap di MDL Chengdu | Major pertama musim baru DPC – rebut lebih RM 4 juta jumlah kolam hadiah.

5 Pemain negara beraksi di Major Pertama MDL Chengdu

MDL Chengdu major akan bermula pada 16 November 2019 minggu ini sehingga 24 November 2019 di Chengdu Convention Center, China. Tawar lebih RM 4 juta jumlah kolam hadiah dan lebih RM 1.2 juta untuk juara kejohanan bersama dengan 4850 mata DPC.

Tempat Jumlah Hadiah Mata DPC
Juara RM 1,200,000 4,850
Naib Juara RM 650,000 3,000
Tempat ke-3 RM 450,000 2,100
Ke-4 RM 330, 000 1,350

 

5 pemain negara akan beraksi di kejohanan ini iaitu:

  1. Kee Chyuan “ChYuan” Ng | Team Aster
  2. Thiay “JT-” Jun Wen | Invictus Gaming
  3. Chan “Oli” Chon Kien | Invictus Gaming
  4. Kam “Moon” Boon Seng | Fnatic
  5. Cheng “vtFαded” Jia Hao | Ehome

JT- dan Oli yang bermain untuk Invictus Gaming merupakan juara Dota Summit 11 Minor tempoh hari secara automatik layak ke kejohanan MDL Chengdu Major ini kerana satu slot memang diberikan kepada juara Minor untuk format baru musim DPC terkini.

vtFaded yang sebelum ini beraksi bersama dengan MATUMBAMAN untuk Chaos EC tinggalkan kelab berkenaan untuk sertai pasukan gergasi CHINA Ehome dan ternyata keputusan itu tepat. Ini kerana vtFaded kelihatan serasi dengan pasukan tersebut dan menjuarai Hainan Master Cup di China tumbangkan pasukan-pasukan lain seperti Team Aster dan juga Royal Never Giveup.

Kumpulan untuk kejohanan Major ini telah pun dikeluarkan semalam oleh MDL seperti dibawah:

Kumpulan A:

  • EHOME
  • Fighting Pandas
  • TNC Predator
  • Team Unknown

Kumpulan B:

  • Alliance
  • Fnatic
  • Team Spirit
  • Vici Gaming

Kumpulan C:

  • Team Adroit
  • Evil Geniuses
  • Team Aster
  • Team Liquid

Kumpulan D:

  • beastcoast
  • Gambit Esports
  • Invictus Gaming
  • J.Storm

MDL Chengdu Major akan menjadi pentas pertama untuk pasukan-pasukan tier 1 Dota 2 untuk berentap namun masih ramai lagi pasukan yang tidak hadir dan masih bercuti. Team Secret, juara The International 2 kali berturut-turut OG dan pasukan Kuroky masih lagi bercuti dan tidak akan hadir untuk Major pertama ini. Perkara ini agak baik buat pasukan tier 2 untuk menyerlah. Pasukan seperti Evil Geniuses dan VICI Gaming pasti mahu merebut kejohanan Major pertama ini tanpa musuh menghalang perjalanan mereka.

Pasukan seperti TNC Predator juga kelihatan seperti rakus untuk mendapatkan tempat pertama di kejohanan ini. Prestasi mantap mereka dimana menjadi juara ESL One Hamburg tempoh hari pasti menjadi perhatian kali ini. Lagenda Dota 2 OG.Notail juga menjangkakan TNC Predator akan berikan perlawanan yang mantap di pentas Major ini dan akan bermain sehingga ke pentas akhir.

Semoga berjaya kepada pemain negara yang beraksi di pentas Major MDL Chengdu minggu ini sehingga minggu depan.

Sumber: MDL

#MDLChendu #MDLMajor #Dota2Major #ChengduMajor #MDL #MarsMedia #DPC #Dota2NewSeason #Dota2News #MalaysianDota

Jangan lupa untuk support page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content yang menarik!

 

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

MDL Chengdu | 5 pemain negara akan beraksi di Major DPC pertama musim baru

Lima pemain negara akan berentap di MDL Chengdu | Major pertama musim baru DPC - rebut lebih RM 4 juta jumlah kolam hadiah.

PieLieDie sertai kelab gergasi Korea Selatan SK Telekom T1

Johan 'PieLieDie' Åström dilihat sertai pasukan gergasi Korea Selatan SK Telekom T1 menurut laman web rasmi pendaftaran Major Valve semalam.

Chaos EC | Saberlight tidak diserap masuk selepas Dota Summit

Kelab esukan Chaos EC melepaskan pemain posisi 3 mereka - Saberlight- selepas kejohanan Dota Summit 11 yang baru sahaja selesai minggu lepas.

Astralis Juara IEM Beijing | Menang mudah keatas 100 Thieves

Pasukan gergasi CSGO Astralis menang mudah kejohanan IEM Beijing semalam selepas benam pasukan 100 Thieves 3-0 di pentas akhir.

[#LigaFantasiSentrumMY] Langit Tidak Lagi Berwarna BIRU!

Shout out to all KOP fans! Kini langit tidak lagi berwarna BIRU! Adakah kejuaraan musim ini akan menjadi milik Liverpool akhirnya?

Worlds 2019 | FunPlus Phoenix Juara Kejohanan dunia League of Legends

Pasukan dari China FunPlus Phoenix (FPX) menjuarai kejohanan paling berprestij League of Legends, Worlds 2019 semalam selepas benam pasukan G2 Esports 3-0!

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you