GAMING | ESUKAN Dota 2 MDL Disneyland Paris Major - Panduan penonton

MDL Disneyland Paris Major – Panduan penonton

-

MDL Disneyland Paris Major akan bermula pada hari sabtu, 4 May di Paris France.

Paris – satu destinasi yang sering menjadi tumpuan tentang kisah cinta dan juga tempat dimana impian menjadi kenyataan kini menjadi tempat dimana buat julung kalinya Dota 2 Major diadakan.

Bermula dari 4 May sehingga 12 May, 16 pasukan Dota 2 bertaraf dunia/terbaik akan bertempur di Disney’s Newport Bay Club dan Disney Events Arena dimana boleh mengisi sehingga 6,300 orang.

Paris Major merupakan pertandingan yang keempat bagi musim 2019 termasuk dengan mata DPC (Dota Pro Circuit).

Kesemua 16 pasukan akan bertanding untuk kumpulan hadiah bernilai 1 juta USD dan juga 15 ribu DPC points yang akan membantu pemenang lebih dekat untuk layak ke The International Shanghai 2019 Ogos ini.

Walaupun ada beberapa pasukan yang sudah pasti kelayakannya ke TI Shanghai, tetapi pasukan-pasukan lain akan bertarung untuk merebut baki tempat yang disediakan.

Di bawah adalah informasi untuk MDL Disneyland Paris Major:

Pasukan yang akan bertanding:

  • Team Secret
  • Team Liquid
  • OG
  • Virtus.pro
  • Team Empire
  • Keen Gaming
  • PSG.LGD Vici Gaming
  • Fnatic
  • Mineski
  • paiN Gaming
  • Chaos Esports
  • Evil Geniuses
  • compLexity Gaming
  • Team Team
  • Ninjas in Pyjamas

Peringkat Kumpulan – 4 May – 5 May

  • 16 pasukan terbahagi kepada 4 kumpulan ( 4pasukan satu kumpulan)
  • 2 Pasukan teratas akan maju ke ‘Upper Bracket’
  • 2 Pasukan dibawah akan maju ke ‘lower Bracket’
  • Semua siri perlawanan merupakan ‘Best of 3’

Peringkat “Play-Off”

  • 16 pasukan akan bermain dengan format ‘double elimination’ dimana 4 pasukan terakhir akan berentap dihadapan penonton.
  • 8 pasukan bermula di ‘upper bracket’, dan baki 8 pasukan akan bermula di ‘lower bracket’
  • Semua siri perlawanan merupakan ‘best of 3’ kecuali pusingan terakhir dan juga pusingan pertama ‘lower bracket’
  • Perlawanan ‘Lower Bracket’ adalah siri ‘Best of 1’
  • Perlawanan akhir (Grand Final) merupakan siri ‘best of 5’ seperti biasa.

Kumpulan di MDL Disneyland Paris Major


Image: Mars Media

Jadual Perlawanan MDL


Image: Mars Media

Image: Mars Media

Pembahagian hadiah terkumpul MDL Disneyland Paris Major

Jumlah hadiah merupakan 1 juta USD bahagi kepada 16 pasukan termasuk mata Dota Pro Circuit (DPC points)

1st place: $TBD + 4,950 DPC points
2nd place: $TBD + 3,000 DPC points
3rd place: $TBD + 2,100 DPC points
4th place: $TBD + 1,350 DPC points
5-6th place: $TBD + 900 DPC points
7-8th place: $TBD + 450 DPC points
9-12th place: $TBD + 150 DPC points
13-16th place: $TBD + 75 DPC points

Sumber: Cristy “Pandoradota2” Ramadani – Gosugamers

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

SK Telekom T1 | Febby pelengkap roster

Kim "Febby" Yong-min pelengkap roster pasukan Dota 2 SK Telekom T1 bersama-sama dengan PieLieDie dan juga FoREv.

MDL Chengdu | 5 pemain negara akan beraksi di Major DPC pertama musim baru

Lima pemain negara akan berentap di MDL Chengdu | Major pertama musim baru DPC - rebut lebih RM 4 juta jumlah kolam hadiah.

PieLieDie sertai kelab gergasi Korea Selatan SK Telekom T1

Johan 'PieLieDie' Åström dilihat sertai pasukan gergasi Korea Selatan SK Telekom T1 menurut laman web rasmi pendaftaran Major Valve semalam.

Chaos EC | Saberlight tidak diserap masuk selepas Dota Summit

Kelab esukan Chaos EC melepaskan pemain posisi 3 mereka - Saberlight- selepas kejohanan Dota Summit 11 yang baru sahaja selesai minggu lepas.

Astralis Juara IEM Beijing | Menang mudah keatas 100 Thieves

Pasukan gergasi CSGO Astralis menang mudah kejohanan IEM Beijing semalam selepas benam pasukan 100 Thieves 3-0 di pentas akhir.

[#LigaFantasiSentrumMY] Langit Tidak Lagi Berwarna BIRU!

Shout out to all KOP fans! Kini langit tidak lagi berwarna BIRU! Adakah kejuaraan musim ini akan menjadi milik Liverpool akhirnya?

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you