GAMING | ESUKAN Dota 2 Miracle, Kuroky, Mind_Control, GH dan W33 !

Miracle, Kuroky, Mind_Control, GH dan W33 !

-

[#Dota2] Bekas pemain kelab Team liquid Miracle, Mind_Control, Kuroky, GH dan juga W33 acah akan kembali ke pentas profesional Dota 2 tidak lama lagi.

Kuroky beri clue akan umum pasukan beliau tidak lama lagi.

Kelima-lima pasukan kegemaran ramai itu muat naik petunjuk bahawa mereka bakal kembali dengan pasukan yang baru dan juga bertanding dibawah bendera yang baru di sosial media mereka awal pagi semalam.

Team Liquid Foto Epicenter

Di dalam post Twitter kelima-lima pasukan Kuro itu, mereka kelihatan berdiri tegak dan memandang kearah objek yang seakan-akan ‘Black Hole’ yang seperti memukau mereka. Tunggu masa hanya untuk disedut kedalam objek tersebut. Warna yang dipilih juga berkait rapat dengan kemaskini Dota 2 The Outlanders yang bakal tiba esok hari mengikut laporan salah satu pembangun Dota 2 itu. Masih banyak tanda tanya namun ini berita baik buat peminat pasukan Kuro dan juga peminat Dota 2 itu sendiri.

Kuroky atau nama sebenar Salehi Takhasomi merupakan lagenda di dalam dunia Dota 2 dimana beliau sudah pun bergiat aktif di pentas kompetitif sejak awal tahun 2010. Beliau yang mulanya bermain sebagai pemain posisi 1 bertukar ke posisi 5 apabila menyedari bahawa beliau lebih berprestasi tinggi menjadi seorang leader.

Kestabilan Kuroky mengetuai Team Liquid ketika itu antara sebab pasukan gergasi rantau EU itu menjulang kejohanan paling berprestij Dota 2 – The International 7. Nyaris-nyaris kembali menjuarai kejohanan tersebut pada tahun 2019 di TI9, namun OG kembali menunjukkan bahawa mereka lebih layak untuk memenangi kejohanan itu buat kali kedua berturut-turut.

Perkara ini tidak lagi disangkal apabila pasukan Team Liquid dan juga pasukan OG merupakan salah satu pasukan yang stabil untuk beberapa tahun sejak tahun 2017.

Kuroky yang membimbing pemain bintang Dota 2 Miracle, GH dan juga Mind_Control bukti bahawa beliau pandai membentuk pemain berbakat di jalan yang betul bukan sahaja dari segi permainan Solo pub tetapi juga di pentas kompetitif. Kuro dan juga Notail antara pemain yang dapat membentuk Miracle untuk menjadi salah satu pemain yang hebat di dunia Dota 2.

Ramai mengatakan Kuro akan kembali dengan pasukan beliau sendiri tanpa ada mana-mana organisasi yang besar untuk menguruskan pasukan beliau. Ada juga mereka akan ke kelab esukan Denmark – Astralis yang sudah tidak asing dalam dunia esukan terutamanya CS:GO.

Masih belum ada lagi apa-apa berita tentang pasukan baru Kuro Stack ini namun apabila “clue” yang telah ditunjukan pagi tadi, kita pasti tidak akan tunggu lama lagi untuk mengetahui tentang pasukan baru Kuroky ini.

Pasukan-pasukan Tier 1 akan kembali seawal nya untuk Major kedua DPC iaitu The LeipZig Major yang akan diadakan pada awal tahun depan.

Sumber: Twitter

#Miracle #Mind_Control #Kuroky #GH #W33 #TeamLiquid #Dota2News #Dota2Roster #LeipzigMajor #Dreamleague13 #DreamLeagueMajor

Jangan lupa untuk support page Sentrum.MY untuk lberita terkini dan juga content menarik.

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Miracle, Kuroky, Mind_Control, GH dan W33 !

Bekas pemain kelab Team liquid Miracle, Mind_Control, Kuroky, GH dan juga W33 acah akan kembali ke pentas profesional Dota 2 tidak lama lagi.

Mushi – Yamateh bersatu, Dendi kembali untuk Leipzig Major!

Mushi dan Yamateh tubuh pasukan baru manakala lagenda Dota 2 Dendi kembali bersama pasukan rantai CIS untuk Leipzig Major!

[#LigaFantasiSentrumMY] “Koyak Ke Bang!”

The Chosen One - Yet Again? Berita mengenai pelucutan jawatan Pochettino dan digantikan dengan Mourinho sedikit sebanyak mengejutkan Sentrum....

vtFaded keluar EHOME selepas kalah di Chengdu Major

Pemain negara Cheng "vtFaded" Jia Hao umum keluar dari pasukan EHOME selepas pasukan tersebut kalah di pentas Chengdu Major. 

ESL One Los Angeles, DPC Major ketiga musim baru

ESL One Los Angeles merupakan Dota 2 Major ketiga selepas Leipzig Major yang diumumkan dua hari lepas di oleh ESL Gaming.

MDL Chengdu Major | hari ini bermula peringkat kalah mati!

[#DOTA2] Peringkat kumpulan kalah mati MDL Chengdu Major bermula hari ini.

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you