GAMING | ESUKAN Dota 2 MMR | Valve ubah cara pengiraan, kiraan baru bermula...

MMR | Valve ubah cara pengiraan, kiraan baru bermula !

-

[#DOTA] Valve umum perubahan besar yang akan dilakukan di kemaskini akan datang dimana lebih fokus kepada pencarian ‘Rank Match’ dan juga pengiraan MMR yang baru.

RANK MMR Foto Mineski

Setelah kemaskini yang lalu seperti yang kita tahu, Valve telah menukar cara pencarian ‘Rank Match’ daripada Solo/Party ke Support/Core dan ini membuatkan cara permainan untuk pub juga berubah. Contoh nya seperti pembelian ward untuk Support.

Semalam Valve keluarkan pengumuman tentang kemaskini akan datang yang membawakan perbezaan yang agak ketara dan seperti biasa ini adalah untuk membuatkan Dota 2 tempat yang lebih sihat untuk pemain.

 Ada beberapa kemaskini yang akan dilakukan dan diantara nya adalah:

Role Symmetry

Perubahan dari Role Symmertry menjadi masalah apabila pencarian ‘Rank Match’ bertukar kepada Support/Core. Jika sebelum ini, pemain ‘SELALUNYA’ akan melihat Rank pemain yang paling tinggi untuk ‘Carry the Game’, namun setelah pertukaran pencarian ‘rank match ini berlaku, ia berubah dan pasukan tiada pilihan lain.

Contoh: Rank pemain Mid pasukan lawan adalah Ancient 4 manakala Rank pemain mid pasukan sendiri adalah Legend 3. Rank Ancient 4 untuk pasukan sendiri hanya bermain sebagai Hard Support. Ini membuatkan permainan agak kurang stabil dan Valve akan berusaha untuk menukar pencarian dari segi Rank roles DAN juga ketinggian Rank untuk Roles yang dipilih.

Draft Role Report

Draft Role report pula adalah laporan yang akan diberikan kepada pemain diawal dan juga dipengakhiran permainan yang dimana sebelum ini selepas permainan tamat baru pemain dapat rate pemain lain. Kemaskini kali ini akan tambah laporan di awal permainan untuk melaporkan pemain yang tidak mengikut role yang telah dipilih.

Rank MMR

Core dan Support Ranks

Kemaskini kali ini tidak lagi hanya menambah atau tolak MMR role yang pemain main, sebaliknya Valve akan mengemaskini setiap permainan anda walaupun anda tidak bermain role tersebut! Contoh, Pemain bermain sebagai Support rank dan permainan itu kalah, maka Core rank pemain itu juga akan turun mengikut peratus yang akan dikira.

Perkara ini dikemaskini adalah kerana, ramai pemain yang akan fokus untuk bermain satu role sahaja, namun sering kalah, Contoh, pemain tersebut fokus Core role dan MMR pemain tersebut jatuh sehingga 3k, namun role yang tidak dimainkan seperti Suppor lebih 4k. Ini tidak akan menjadikan pemain rank pemain tersebut lebih stabil.

Smurfs

Smurf merupakan masalah yang besar di dalam perlawanan Pub di Dota 2 dimana pemain pro mempunyai akaun di Rank rendah dan bermain untuk mencuba atau eksperimen setiap kali meta baru dikeluarkan. Ini sedikit sebanyak menjadikan situasi yang tidak adil kepada pemain yang jujur di kumpulan rank tersebut.

Valve akan mengenal pasti akaun smurfs dan akan mempercepatkan kenaikkan rank pemain berkenaan luar daripada biasa bermakna apabila sesetengan pemain OverPerforming untuk golongan rabnk berkenaan, MMR dimenangi kemungkinan bukan lah +25.

Ada beberapa lagi kemaskini yang dibuat oleh Valve seperti dibawah:

  • Miscellaneous Changes
  • Ban Waves

Boleh baca kemaskini penuh di SINI.

#RankMatchmaking #MMR #Dota2Update #MATCHMakingUpdate #Dota2News #Dota2Reddit #Reddit

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Astralis Juara IEM Beijing | Menang mudah keatas 100 Thieves

Pasukan gergasi CSGO Astralis menang mudah kejohanan IEM Beijing semalam selepas benam pasukan 100 Thieves 3-0 di pentas akhir.

[#LigaFantasiSentrumMY] Langit Tidak Lagi Berwarna BIRU!

Shout out to all KOP fans! Kini langit tidak lagi berwarna BIRU! Adakah kejuaraan musim ini akan menjadi milik Liverpool akhirnya?

Worlds 2019 | FunPlus Phoenix Juara Kejohanan dunia League of Legends

Pasukan dari China FunPlus Phoenix (FPX) menjuarai kejohanan paling berprestij League of Legends, Worlds 2019 semalam selepas benam pasukan G2 Esports 3-0!

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Liga Fantasi Sentrum : Percaturan Minit Terakhir!

Just Follow Sentrum And You Are In A Good Shape! Minggu ni sibuk sangat sampai tak ingat sibuk sebab...

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you