GAMING | ESUKAN Mobile Legends MSC 2022: Todak dan Orange Esports lulus ujian playoff...

MSC 2022: Todak dan Orange Esports lulus ujian playoff yang pertama.

-

[#MLBB] Pasukan Todak dan Orange Esports lepasi peringkat pertama playoff kejohanan MSC 2022 selepas masing-masing berjaya menewaskan lawan mereka petang semalam.

Pasukan Todak dan Orange Esports lepasi peringkat pertama playoff kejohanan MSC 2022 selepas masing-masing berjaya menewaskan lawan mereka petang semalam.
Pasukan Todak dan Orange Esports lepasi peringkat pertama playoff kejohanan MSC 2022 selepas masing-masing berjaya menewaskan lawan mereka petang semalam.

Orange Esports terlebih dahulu turun ke gelanggang dalam perlawanan kedua pusingan pertama playoff bertemu dengan wakil Singapura, RSG SG.

Bermain dalam format best of 3, skuad kendalian Pabz itu tercicir mata yang pertama selepas tewas dalam perlawanan yang berlangsung selama 18 minit itu.

Walau bagaimanapun, Orange Esports berjaya membuat kebangkitan semula pada dua permainan seterusnya untuk menutup siri perlawanan itu dengan nota kemenangan 2-1.

Pemilihan hero Esmeralda dalam kedua-dua perlawanan tersebut telah menjadi tunjang utama bagaimana mereka mampu membuat kebangkitan tersebut.

Turun ke arena dalam siri perlawanan seterusnya ialah Todak yang berdepan dengan barisan pemain juara MSC edisi tahun lalu iaitu SMART Omega Esports.

Seperti yang dijangka, kedua-dua pasukan telah memaparkan permainan yang cukup sengit dengan Todak dan SMART Omega teringkat 1-1 dalam permainan yang mengambil masa 22 dan 23 minit.

Zairul “Ajim” Hazim Zailani membuat sedikit perubahan dalam pemilihan hero di permainan penentuan apabila taktik 2 tanker digunakan dengan membawa masuk Baxia dan Franco.

Hasilnya, mereka berjaya mengenepikan cabaran wakil Filipina itu dalam masa 12 minit sahaja untuk mengutip mata kemenangan sekali gus mara ke pusingan seterusnya.

Menanti mereka di separuh akhir kurungan atas ialah juara liga MPL Indonesia edisi ke-9, RRQ Hoshi manakala Orange Esports pula akan menentang satu lagi pasukan RSG iaitu RSG PH pada esok hari.

Sumber: ML ESPORTS

#MSC2022 #TODAK #TodakLanggar #Orange

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

Champions 2022: Leviatan, OpTic dan DRX lepasi peringkat kumpulan.

[#VALORANT] Kejohanan dunia VALORANT Champions 2022 yang berlangsung di kota Istanbul, Turki itu diteruskan dengan 3 pasukan iaitu Leviatan, OpTic Gaming serta DRX sudah melepasi peringkat kumpulan.

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

Pasukan T1 satukan semula Ana dan Topson.

[#DOTA2] Gandingan dua kali juara dunia iaitu Topias Taavitsainen (Topson) dan Anathan Pham (Ana) kembali disatukan semula oleh pasukan T1 sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The International 2022.

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you