Home GAMING | ESUKAN Dota 2 Mushi undur diri dari Team SMG secara rasminya hari ini.

Mushi undur diri dari Team SMG secara rasminya hari ini.

760

[#DOTA2] Team SMG mengucapkan selamat tinggal kepada pemain DOTA 2 lagenda negara, Chai “Mushi” Yee Fung selepas dua musim DPC bersama mereka.

Team SMG mengucapkan selamat tinggal kepada pemain DOTA 2 lagenda negara, Chai “Mushi” Yee Fung selepas dua musim DPC bersama mereka.
Team SMG mengucapkan selamat tinggal kepada pemain DOTA 2 lagenda negara, Chai “Mushi” Yee Fung selepas dua musim DPC bersama mereka. Foto: Team SMG

Perkara ini diumumkan secara rasmi oleh organisasi e-sukan tersebut dalam satu kiriman di laman media sosial rasmi mereka.

Mushi adalah antara pemain terawal yang menyertai pasukan Team SMG semenjak penubuhan skuad DOTA 2 ini untuk menempuhi saingan liga DPC Asia Tenggara.

Walaupun gagal pada musim yang pertama, mereka berjaya menembus kehampaan itu pada musim seterusnya dengan kemasukan pemain sensasi, Yeik “MidOne” Nai Zheng.

Namun pada pertengahan saingan liga tersebut telah dikhabarkan bahawa Mushi telah dikeluarkan dalam senarai pemain dan digantikan dengan seorang lagi pemain tempatan iaitu Roger “Roddgee” Tan.

Perkara itu diputuskan atas perbincangan dua hala antara Mushi dan juga pengurus pasukan Team SMG itu sendiri.

Kredit tetap diberikan kepada beliau atas usaha membawa pasukan layak ke Divisyen 1 pada musim hadapan setelah menamatkan saingan Divisyen 2 musim ini di tangga kedua di belakang pasukan Thailand, Motivate.Trust Gaming.

Ke manakah hala tuju Mushi selepas ini masih belum dipastikan dan kemungkinan beliau akan terus bersara atau kekal sebagai pemain akan diumumkan kemudian.

Sumber: Team SMG

#TeamSMG #Mushi

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!