GAMING | ESUKAN Dota 2 Mushi - Yamateh bersatu, Dendi kembali untuk Leipzig Major!

Mushi – Yamateh bersatu, Dendi kembali untuk Leipzig Major!

-

[#Dota2] Lagenda Dota 2 negara Chai “Mushi” Yee Fung dan Ng “YamateH” Wei Poong tubuh pasukan baru manakala lagenda Dota 2 Danil “Dendi” Ishutin kembali bersama pasukan rantau CIS untuk Leipzig Major!

Mushi, Yamateh dan Dendi kembali ke dunia pro Dota 2 untuk Major akan datang.

Nama Mushi sudah tidak asing lagi didalam arena Dota 2 negara termasuklah nama Yamateh dimana mereka berdua ini mempunyai sejarah yang panjang sejak dari zaman Dota 1 lagi. Mushi jelas lebih jauh perjalanan kerjaya beliau dimana beliau dipetik oleh pasukan gergasi China DK selepas menunjukkan prestasi terbaik di The International mewakili pasukan Orange Esports awal tahun 2011.

Brothers United Foto Dota 2 Valve

Yamateh pula antara pemain yang masih aktif di dunia Dota 2 namun hanya didalam negara. Beliau baru sahaja memenangi kejohanan Selangor Cyber Games bulan lepas bersama dengan pasukan Flower Gaming bersama-sama dengan lagenda Dota 2 negara Yi Liong “ddz” Kok. Yamateh juga mendapat tempat kedua untuk Predator league yang diadakan di pentas Level Up KL tempoh hari bersama dengan pasukan CDEC Avengers.

Nama pasukan yang diberikan untuk pasukan baru mereka ini kelihatan seperti Brothers United jika dilihat didalam laman Vavle Major Registration. Bekas sepasukan mereka Khoo “Ohaiyo” Chong Xin juga akan bersama-sama untuk pasukan baru ini bersama dengan pemain terbaik Filipina Benhur “Benhur” Lawis dan Ryan “Bimbo” Jay Qui atau lebih dikenali sebagai Raging Potato.

Berpindah ke rantau CIS, lagenda Dota 2 Danil “Dendi” Ishutin juga dilihat kembali ke dunia profesional Dota 2. Pemain-pemain pasukan Dendi ini bukanlah pemain baru malah antara otai di rantau berkenaan seperti Nongrata,Vtune, KingR dan juga LebronDota. berikut adalah roster penuh pasukan baru Dendi – Viet Flashbacks

Viet Flashback Foto Dota 2 Valve

  1. Alik “V-Tune” Vorobey
  2. Dendi
  3. Alexey “nongrata” Vasilyev
  4. Rinat “KingR” Abdullin
  5. Nikola “LeBronDota” Popović

Walaupun MDL Chengdu belum lagi berakhir, komuniti Dota 2 pasti teruja untuk lihat Major kedua dimana pemain-pemain lagenda ini kembali. Selamat maju jaya!

Sumber: Dota 2 Valve

#Mushi #Yamateh #Dendi #VietFlashbacks #BrothersUnited #Dota2News #Dota2Roster #Roadtoti10

Jangan lupa untuk support page Sentrum.MY untuk berita terkini dan juga content menarik.

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Mushi – Yamateh bersatu, Dendi kembali untuk Leipzig Major!

Mushi dan Yamateh tubuh pasukan baru manakala lagenda Dota 2 Dendi kembali bersama pasukan rantai CIS untuk Leipzig Major!

[#LigaFantasiSentrumMY] “Koyak Ke Bang!”

The Chosen One - Yet Again? Berita mengenai pelucutan jawatan Pochettino dan digantikan dengan Mourinho sedikit sebanyak mengejutkan Sentrum....

vtFaded keluar EHOME selepas kalah di Chengdu Major

Pemain negara Cheng "vtFaded" Jia Hao umum keluar dari pasukan EHOME selepas pasukan tersebut kalah di pentas Chengdu Major. 

ESL One Los Angeles, DPC Major ketiga musim baru

ESL One Los Angeles merupakan Dota 2 Major ketiga selepas Leipzig Major yang diumumkan dua hari lepas di oleh ESL Gaming.

MDL Chengdu Major | hari ini bermula peringkat kalah mati!

[#DOTA2] Peringkat kumpulan kalah mati MDL Chengdu Major bermula hari ini.

M1 | EVOS Legends juara dunia Mobile Legends pertama!

Kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang M1 semalam labuhkan tirai dengan pasukan dari Indonesia EVOS Legends dinobat sebagai juara dunia pertama.

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you