[#CODM] Dua pasukan Call of Duty Mobile terbaik negara, Yoodo RSG dan Rampage Gaming bakal berentap di saingan separuh akhir kejohanan MYSG Championship 2021 pada Mac nanti.
Kedua-dua pasukan ini mempunyai peluang yang sama rata walaupun penganalisa professional beranggapan Yoodo RSG lebih baik berbanding lawannya.
Mendapat jemputan terus ke gelombang kedua atau wave 2 di peringkat kumpulan nyata memberikan sedikit kelebihan buat mereka.
Bersama-sama mereka ada 2 lagi pasukan daripada pusingan kelayakan atau wave 1 iaitu Saudagar EA dan juga Team Losers.
Ternyata kedua-dua pasukan tersebut boleh dikatakan sekadar pelengkap jadual sahaja kerana saingan sebenar terletak kepada pertembungan klasik antara dua pasukan gergasi itu.
Yoodo RSG beraksi lebih cemerlang dengan memungut 2 mata pertama hasil kemenangan dalam mode Harpoint dan juga Search and Destroy.
Rampage Gaming yang tidak putus asa berjaya mendapatkan mata saguhati dengan kemenangan di mode Domination.
Kedua-dua pasukan ini akan beraksi sekali lagi di perlawanan separuh akhir bagi menentukan pasukan yang manakah layak ke peringkat akhir berdepan dengan wakil dari Singapura antara Divinity.Uprising dan juga Cloud EnVy.
Jangan lupa saksikan pertembungan CoD Mobile MYSG Championship 2021 di saluran Youtube dan Facebook rasmi kejohanan tersebut.
Sumber: ESL Asia
#MYSGChampionship #YoodoRSG #Rampage
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!