[#DOTA2] Pemain veteran Amerika Syarikat, Jimmy “DeMoN” Ho telah disenarai hitam daripada menyertai Liga DOTA 2 Pro Circuit (DPC) 2021 berkuatkuasa minggu ini.
Perkara ini telah disahkan oleh Beyond The Summit (BTS) selaku penganjur liga zon Amerika Utara di laman Twitter pada Ahad yang lalu.
Player Jimmy “DeMoN” Ho has been banned from participating in the DPC due to misconduct at previous Dota 2 tournaments. Team Aristotle can continue to compete in the NA DPC league and will be permitted to register a replacement player.
— NA DPC League (@NADPCLeague) January 9, 2021
Hal ini disebabkan oleh ada tuduhan daripada beberapa pihak mengenai salah laku tidak bermoral yang telah dilakukan olehnya pada Jun tahun lalu.
Let’s Talk About DotaDemon
Read: https://t.co/zIp1SqFb6n
— Eleine 🤧 (@Eleine_Sun) June 24, 2020
Arena professional DOTA 2 telah dikejutkan dengan beberapa kenyataan berani daripada segelintir pihak mengenai isu gangguan seksual berkaitan dengan pengulas serta penganilisa professional.
About Demon (CW: sexual assault)
Read: https://t.co/fQrvIIMOCU
— Ken Chen (@Hot_Bid) June 25, 2020
DeMoN juga terpalit dengan isu ini dan telah disekat oleh Beyond The Summit di peringkat awal dari menyertai kejohanan atau menjadi panel untuk siaran mereka.
I have seen people saying I have been silent on Demon.
Demon will not be casting for BTS again.
You may not have known but @Hot_Bid speaks for BTS.
We made this decision together. https://t.co/AVoxi3u9mu— LD (@LDeeep) June 26, 2020
Beliau berehat seketika dari kancah professional sebelum kembali aktif bermain untuk pasukan Aristotle bagi menghadapi kelayakan terbuka liga DPC zon Amerika Utara.
Setelah layak ke separuh akhir, BTS secara drastik mengambil keputusan untuk mengeluarkan namanya dan memberi masa kepada pasukan tersebut sehingga Khamis untuk mencari pengganti beliau.
Pasukan Aristotle akan bertemu Team DogChamp bagi menentukan pasukan manakah yang akan mengisi slot terakhir Liga Div 1 zon Amerika Utara.
Sumber: NA DPC League
#DPC2021 #DeMoN
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!