Home GAMING | ESUKAN Dota 2 Natus Vincere membawa masuk RAMZES666 ganti GeneRaL.

Natus Vincere membawa masuk RAMZES666 ganti GeneRaL.

92

[#DOTA2] Pemain DOTA 2 Russia, Roman “RAMZES666” Kushnarev sertai Natus Vincere secara rasmi selepas pasukan tersebut bersetuju melepaskan Viktor “GeneRaL” Nigrini.

Roman “RAMZES666” Kushnarev sertai Natus Vincere secara rasmi selepas pasukan tersebut bersetuju melepaskan Viktor “GeneRaL” Nigrini.
Roman “RAMZES666” Kushnarev sertai Natus Vincere secara rasmi selepas pasukan tersebut bersetuju melepaskan Viktor “GeneRaL” Nigrini.

Perpindahan tersebut diumumkan oleh organisasi e-sukan tersebut dalam satu media bertulis di laman web rasmi mereka.

RAMZES666 akan bermain di posisi offlane yang merupakan posisi yang agak baru memandangkan beliau adalah seorang pemain teras utama.

Namun begitu, beliau sudah mula berjinak-jinak menjadi pemain offlane ketika bersama Evil Geniuses namun pasukan tersebut gagal memenangi sebarang kejohanan ketika beliau bersama mereka.

Ini adalah peluang terbaik beliau untuk menghidupkan kembali kariernya yang makin malap dengan beberapa episod kegagalan selepas keluar daripada pasukan Amerika Syarikat itu.

Natus Vincere membawa masuk RAMZES666 dengan misi untuk menjuarai Liga Div 1 DPC zon CIS 2021 musim akan datang selepas hanya menduduki tempat ke-2 pada musim pertama.

16 pasukan akan bertarung selama 6 minggu dalam Liga Div 1 DPC zon CIS 2021 musim ke-2 yang menawarkan hadiah terkumpul lebih $200,000 USD (RM826,000 MYR) untuk dimenangi.

Sumber: Natus Vincere

#DPC2021 #navination #ramzes666

Jangan lupa support page Sentrum.My untuk info terkini dan juga content menarik!