GAMING | ESUKAN Dota 2 Na'Vi dan VICI umum sertai ONE Dota 2 Singapore...

Na’Vi dan VICI umum sertai ONE Dota 2 Singapore World Pro Invitational

-

[#Dota2] ONE ESPORTS DOTA 2 SINGAPORE WORLD PRO INVITATIONAL 

Navi dan VICI pasukan ke-5 dan 6 menjadi jemputan ke One Dota 2 Singapore World Pro Invitational Foto One Esports

One Esports umum 2 lagi kelab esukan Pro Dota 2 akan sertai One Esports Dota 2 Singapore World Pro Invitational iaitu Natus Vincere dan juga VICI Gaming.

Kelab gergasi China VICI gaming yang baru-baru ini dilanda kontroversi berkenaan pemain mereka Fade yang umum bersara kemudian sertai pasukan lain telah menjadi pasukan jemputan terus untuk kejohanan ini.

VICI Gaming mendapat tempat ke 5 dan 6 di pentas The International 9 tempoh hari selepas kalah 2-0 dengan pasukan Team Secret yang juga menjadi pasukan jemputan untuk kejohanan ini.

Sebelum datang ke The International 9, VICI gaming merupakan juara untuk pertandingan Major terakhir DPC musim lepas iaitu EPICENTER major kalahkan finalis Ti9 Team Liquid dengan RoTk sebagai ketua jurulatih pada waktu itu.

Pasukan ke 6 yang menjadi jemputan terus adalah juara The International 1 iaitu Natus Vincere. Natus Vincere atau lebih dikenali sabagai Na’Vi bukanlah nama baru di dalam dunia Dota 2 dimana mereka mempunyai banyak sejarah sebagai satu pasukan.

Prestasi Natus Vincere di pentas The International 9 tidak lah begitu memberangsangkan dimana mereka Kalah di pusingan pertama Lower Bracket/Kalah Mati kepada pasukan gergasi rantau SEA – Mineski.

Pasukan Na’Vi hadir dengan roster terbaru mereka termasuk Pavel “9pasha” Khvastunov yang dahulunya bermain untuk pasukan Virtus Pro! Virtus Pro juga menjadi pasukan jemputan di kejohanan ini dimana kita akan dapat lihat 9Pasha akan menentang Virtus Pro dibawah bendera Na’Vi kali ini.

Lihat Juga:

ONE Esports bawa Dota 2 ke Singapura | Team Secret dan LGD pasukan jemputan

Evil Geniuses dan Virtus Pro akan sertai ONE Dota 2 Singapore World Pro Invitational

Sumber: ONE Esports | PGL

#OneEsports #PGL #Dota2 #ONEESPORTSDOTA2 #SINGAPOREWORLDPROINVITATIONAL #natusVincere #NaVi #VICIGaming #VICI #Dota2News

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Astralis Juara IEM Beijing | Menang mudah keatas 100 Thieves

Pasukan gergasi CSGO Astralis menang mudah kejohanan IEM Beijing semalam selepas benam pasukan 100 Thieves 3-0 di pentas akhir.

[#LigaFantasiSentrumMY] Langit Tidak Lagi Berwarna BIRU!

Shout out to all KOP fans! Kini langit tidak lagi berwarna BIRU! Adakah kejuaraan musim ini akan menjadi milik Liverpool akhirnya?

Worlds 2019 | FunPlus Phoenix Juara Kejohanan dunia League of Legends

Pasukan dari China FunPlus Phoenix (FPX) menjuarai kejohanan paling berprestij League of Legends, Worlds 2019 semalam selepas benam pasukan G2 Esports 3-0!

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Liga Fantasi Sentrum : Percaturan Minit Terakhir!

Just Follow Sentrum And You Are In A Good Shape! Minggu ni sibuk sangat sampai tak ingat sibuk sebab...

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you