[#CSGO] Natus Vincere (NAVI) akhirnya menjulang trofi kejuaraan yang pertama tahun ini selepas berjaya menumbangkan Team Vitality 2-0 di perlawanan akhir BLAST Premier Spring Finals 2022.
Beraksi dalam format Best of 3, pasukan dari Ukraine itu bermula garang di awal peta yang pertama dan berhasil mendominasi Mirage dengan mata 9-1 sebelum Mathieu “ZywOo” Herbaut membawa pasukannya merapatkan jurang kepada 10-5.
Bersambung ke separuh masa kedua, tiada apa yang mampu dibuat oleh Team Vitality untuk menghalang NAVI daripada mengutip mata kemenangan yang pertama selepas menamatkan perlawanan tersebut dengan 16-8 di Mirage.
Perlawanan diteruskan ke peta Overpass dengan pasukan dari Perancis itu berjaya memenangi 3 pusingan pertama termasuk dua pusingan pistol sebelum NAVI berjaya mengikat kedudukan dengan 4-4.
Kemaraan juara BLAST Premier World Final 2021 itu tidak berhenti di situ, Oleksandr “s1mple” Kostyliev dan rakan-rakan terus menjarakkan diri kepada 11-4 sebelum berehat untuk separuh masa yang kedua.
Perlawanan diteruskan dan NAVI hanya memerlukan 6 pusingan sahaja untuk memastikan kemenangan mutlak 16-5 dicapai untuk menjulang trofi kejuaraan BLAST Premier Spring Finals 2022.
Clean 2:0 victory & the trophy of the #BLASTPremier Spring Final 2022 in the pocket! Well done, boys!
GGWP @TeamVitality!
🏆: https://t.co/kwiJ0xS63s#navination #CSGO pic.twitter.com/MM11rzIftq
— NAVI (@natusvincere) June 19, 2022
Pemain Paling Bernilai kejohanan; S1mple, ketika ditemu bual selepas perlawanan mengatakan bahawa kemenangan ini sangat bermakna buat pasukan selepas kemarau 6 bulan tanpa trofi ditambah dengan situasi politik di Ukraine yang tidak begitu baik.
Beliau juga berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh pemain gantian iaitu Viktor “sdy” Orudzhev yang telah memberikan 100% komitmen kepada pasukan dan mengharapkan beliau akan terus kekal bersama NAVI.
Sumber: BLAST
#BLASTPremier #NAVINATION #VforVictory #NAVI #Vitality
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!