GAMING | ESUKAN Dota 2 NAVI tewas kepada Team Spirit dalam perlawanan pembukaan Liga...

NAVI tewas kepada Team Spirit dalam perlawanan pembukaan Liga Div 1 DPC CIS.

-

[#DOTA2] Natus Vincere atau lebih dikenali sebagai NAVI tumbang dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC CIS kepada pasukan dari Russia, Team Spirit.

NAVI tumbang dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC CIS kepada pasukan dari Russia, Team Spirit.
NAVI tumbang dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC CIS kepada pasukan dari Russia, Team Spirit.

Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut mereka kepada pasukan tersebut pada tahun ini sejak format Liga DOTA 2 Pro Circuit diperkenalkan.

Kemasukan pemain bintang seperti Roman “RAMZES666” Kushnarev juga masih gagal untuk menandingi skuad yang dikemudi oleh Airat “Silent” Gaziev.

Bermain dalam format best of 3, kegagalan RAMZES666 mengawal bahagian offlane di fasa awal menyebabkan Team Spirit mudah mendominasi permainan apabila babak pertengahan permainan bermula.

Penggunaan Wraith King yang kemas dipertunjukkan oleh pemain teras utama, Ilya “Yatoro” Mulyarchuk telah membantu pasukannya mendahului NAVI dengan mata 1-0.

Bersambung di permainan kedua, semestinya pasukan kuning hitam itu mahu bangkit untuk mendapatkan mata penyamaan.

Namun sekali lagi RAMZES666 gagal bermain seperti yang diharapkan apabila hero yang sepatutnya purata kemenangan yang tinggi, Beastmaster telah dibuli dalam perlawanan tersebut.

Selepas 33 minit perlawanan akhirnya NAVI terpaksa akur dengan kehebatan Team Spirit dan memberikan kemenangan mutlak 2-0 selepas menamatkan permainan kedua dengan mata jatuhan 4-21.

via ESL DOTA 2

Void Spirit yang digunakan oleh Alexander “TORONTOTOKYO” Khertek begitu sukar untuk ditandingi dan diakhir perlawanan beliau mengumpul mata KDA 10/0/10.

Team Spirit kini berada ditakhta liga bersama-sama dengan Virtus Pro dan Wintrike Team yang masing-masing memenangi dalam perlawanan pembukaan mereka.

NAVI pula berada di dasar liga dan hari melakukan sesuatu jika mahu layak ke kejohanan Major akan datang.

Sumber: ESL DOTA 2

#DPC2021 #navination #SpiritDOTA

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

PPD dilantik sebagai jurulatih baru Alliance.

[#DOTA2] Ikon DOTA 2 Amerika Syarikat yang juga merupakan bekas pemain Evil Geniuses, Peter “PPD” Dager telah ditawarkan sebagai jurulatih percubaan bagi pasukan Alliance.

Riot Games umum kalendar e-sukan bagi separuh kedua tahun 2021.

[#ESUKAN] Riot Games telah menayangkan pratonton kalendar e-sukan mereka menjelang separuh kedua 2021 yang melibatkan Valorant, League of Legends serta League of Legends: Wild Rift.

OG tewas lagi, rekod sempurna Alliance akhirnya lebur.

[#DOTA2] Dua pasukan DOTA 2 Eropah, OG Esports dan Alliance kecundang pada awal pagi tadi dalam aksi Liga Div 1 DPC Eropah Barat.

Riot Games dan Netflix bakal mengeluarkan siri animasi League of Legends pada hujung tahun ini.

[#LeagueOfLegends] Riot Games dengan kerjasama Netflix bakal menayangkan siri animasi League of Legends: Arcane yang akan menemui peminat Oktober tahun ini.

Team Spirit, Virtus Pro terus bersaing di puncak liga.

[#DOTA2] Team Spirit dan Virtus Pro terus bertarung di puncak Liga Div 1 DPC Eropah Timur selepas kedua-dua pasukan meraih kemenangan awal pagi tadi.

Skuad DOTA 2 Todak telah dibubarkan.

[#DOTA2] Organisasi e-sukan tempatan, Todak telah mengumumkan pembubaran skuad DOTA 2 mereka serta-merta semalam.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you