GAMING | ESUKAN Dota 2 Newbee "diharamkan" seumur hidup di China

Newbee “diharamkan” seumur hidup di China

-

[#Dota2] Organisasi esukan Newbee diharamkan untuk terlibat dengan mana-mana kejohanan melibatkan Chinese Dota2 Association (CDA) dan juga ImbaTV semalam.

Newbee diharamkan untuk sertai mana-mana kejohanan Dota 2 di China.

Newbee dituduh “Jual Game” atau “Match-Fixing” semasa bertanding di kejohanan yang dijalankan oleh dua organisasi berkenaan.

Chinese Dota2 Association (CDA) dan juga penganjur esukan ImbaTV mengeluarkan kenyataan bahawa organisasi Newbee dan juga 5 pemain utama Dota 2 mereka termasuk pengurus disenarai hitam untuk sertai mana-mana kejohanan di China seumur hidup.

Kedua-dua organisasi itu telah keluarkan satu kenyataan berkenaan perkara ini dilaman rasmi Weibo mereka.

Kenyataan Rasmi CDA

Kenyataan Rasmi ImbaTV

CDA dan juga ImbaTV merupakan dua organisasi yang bersatu untuk menjayakan kejohanan Chinese Dota 2 Profesional League yang kini telah pun masuk ke musim kedua. Newbee kini telah secara rasmi dilucutkan penyertaan mereka di kejohanan yang sama.

Sementara itu, organisasi esukan Newbee juga telah mengeluarkan kenyataan dimana mereka meniddakkan akan kesemua tuduhan yang dilemparkan keatas mereka semalam.

Kenyataan Newbee

Tindakan “jual game” atau “match-fixing” yang dilakukan oleh Newbee itu dikatakan berlaku dua bulan lepas dimana pasukan Newbee melawan pasukan Avengerls. Bekas Kapten dan juga jurulatih pasukan Xiou8 juga mengeluarkan kenyataan yang sama di Stream beliau dua bulan lepas.

Kenyataan Xiou8 yang tular tentang perkara yang sama. Sumber Reddit

Pemain dan juga pengurus Feng organisasi esukan Newbee yang “diharamkan” seumur hidup:

  • Xu “Moogy” Han
  • Yin “Aq” Rui
  • Wen “Wizard” Lipeng
  • Yan “Waixi” Chao
  • Zeng “Faith” Hongda

Laporan tentang perkara ini juga dikatakan telah dihantar ke ibu pejabat Valve untuk siasatan dan tindakan lanjut dari pihak Valve.

VICI Gaming, PSGLGD, Team Aster, Invictus Gaming, RNG, EHOME, Keen Gaming dan juga Newbee merupakan 8 organisasi esukan China yang besar dimana mereka bergabung tenaga untuk menjalankan kejohanan liga Dota 2 China.

Sumber: Weibo, Beyond The Summit

#Newbee #BannedForLife #ChineseDota2 #ImbaTV #ChineseDota2Association #CDA #Moogy #FaithDota #CDALeague

Jangan lupa Support page SentrumMY untuk info terkini Dota 2 dan content menarik.

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Newbee “diharamkan” seumur hidup di China

[#Dota2] Organisasi esukan Newbee diharamkan untuk terlibat dengan mana-mana kejohanan melibatkan Chinese Dota2 Association (CDA) dan juga ImbaTV semalam.

Gamers Without Borders Anjur kejohanan Amal Dota 2, tawar lebih RM6.5 Juta

[#Dota2] Gamers Without Borders yang sinonim dengan kejohanan esukan seperti R6 anjur kejohanan amal Dota 2 tawar lebih RM6.5 Juta jumlah hadiah.

11k MMR, Abed sekali lagi pecah rekod

[#Dota2] Bintang Dota 2 Filipina, dan pemain Midlaner untuk Evil Geniuses, Abed Azel Yusop berjaya menjadi pemain Dota 2 pertama mencapai 11k MMR.

Team Secret juara WePLay! Pushka League benam VP.Prodigy 3-0

[#Dota2] Team Secret juara kejohanan WePlay! Pushka League EU/CIS selepas benam VP.Prodigy 3-0 di pentas akhir awal pagi tadi.

VICI Gaming pasukan terbaik rantau China – Juara OGA Dota Pit: China

[#Dota2] VICI gaming benam PSG LGD 3-1 di pentas akhir kejohanan OGA Dota Pit Online: China 2020 sebentar tadi, bawa pulang RM 100,000.

10 Pasukan Sertai OGA DOTA PIT Online EU/CIS

[#Dota2] Penganjur kojohanan OGA Dota Pit, AMD Sapphire umum kejohanan OGA Dota Pit Online EU/CIS dimana 10 pasukan terbaik EU/CIS akan berentap untuk RM650,000!

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you