[#PUBGM] Nova Esports berjaya mempertahankan kejuaraan dunia PUBG Mobile Global Championship apabila muncul juara tahun ini menewaskan 15 lagi pasukan yang lain.
Ini merupakan kemenangan yang sangat manis buat mereka biarpun temasya dunia tersebut telah ditangguhkan beberapa kali.
Dalam kejohanan yang berlangsung selama 3 hari itu, Nova Esports bermula sedikit longlai tanpa sebarang kedudukan podium sehinggalah pada pusingan ke-6 di Erangel barulah mereka berjaya menyusup masuk ke kedudukan kedua tewas di saat akhir kepada Furious Gaming.
Bersambung ke hari yang kedua, WWCD yang pertama buat mereka muncul seawal pusingan yang kedua di Sanhok selepas berjaya menewaskan 2 lagi pasukan iaitu Kaos Next Ruya dan The Infinity masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Kebangkitan Nova Esports diteruskan lagi selepas itu dengan dua lagi kedudukan podium telah disandang untuk pasukan tersebut mendahului saingan sebelum memasuki hari yang terakhir.
Cubaan Natus Vincere untuk menggugat kedudukan pasukan dari China itu hampir sahaja berjaya tetapi mereka gagal mengekalkan prestasi pada pusingan akhir.
Nova Esports ternyata pasukan yang lebih baik dalam kejohanan ini apabila kedudukan tempat kedua di peta Erangel sudah cukup buat mereka untuk menjulang kejuaraan PUBG Mobile Global Championship sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai lebih $1 juta USD.
🏆 NV @NovaEsportsTeam ARE THE #PMGC2021 CHAMPIONS!🏆 The defending champion is still here!!!
▶️Watch PMGC2021 ONLY on our official YouTube 👉https://t.co/oHmVqzYAjg#PUBGMOBILE #PMGC #NEXTTOGLORY pic.twitter.com/4KhQK17bLI
— PUBG MOBILE Esports (@EsportsPUBGM) January 23, 2022
Natus Vincere terpaksa berpuas hati ditangga kedua dengan 175 mata, 47 mata di belakang juara dunia itu.
Penyerang utama Nova Esports, Zeng “Order” Zehai ditabalkan selaku pemain paling bernilai untuk kejohanan tersebut untuk meraih hadiah saguhati bernilai $10 ribu USD.
Bagi dua pasukan Malaysia iaitu Team Secret dan 4Rivals pula, biarpun gagal menduduki 10 pasukan terbaik dunia, pengalaman bermain di peringkat ini sudah cukup berharga buat mereka untuk terus memperbaiki pasukan dalam kejohanan yang akan datang.
Sumber: PUBG Mobile Esports
#PMGC #NOVAEsports
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!