GAMING | ESUKAN Dota 2 OG capai kemenangan pertama DPC Eropah bersama 'humblegod'.

OG capai kemenangan pertama DPC Eropah bersama ‘humblegod’.

-

[#DOTA2] Selepas melalui beberapa episod yang suram, akhirnya OG kembali ke landasan sebenar dengan memenangi perlawanan pembukaan Liga Div 1 DPC Eropah menentang Brame awal pagi tadi.

OG kembali ke landasan sebenar dengan memenangi perlawanan pembukaan Liga Div 1 DPC Eropah menentang Brame awal pagi tadi.
OG kembali ke landasan sebenar dengan memenangi perlawanan pembukaan Liga Div 1 DPC Eropah menentang Brame awal pagi tadi. FOTO: ESL

Kemenangan tersebut merupakan yang pertama buat mereka selepas kepulangan semula pemain bintang mereka, Anathan “ana” Pham.

Ana yang kini menggunakan IGN “humblegod” telah menunjukkan permainan yang cukup menarik dan menghiburkan.

Pada perlawanan pertama, Brame memberikan tentangan sengit di awal permainan namun pada penghujungnya mereka gagal mengikut rentak aggresif OG.

Ana yang menggunakan Juggernaut ketika itu berjaya mengawal permainan dengan baik dan dapat mengekang kemaraan Ursa yang digunakan oleh pemain teras utama lawan, Tasos “Focus” Michailidis.

Selepas berjaya mendominasi peta, Ana telah membuat beberapa terjunan ke kawasan Fountain Brame untuk memaksa lawannya mengalah.

Mendahului siri perlawanan dengan 1-0, OG sekali lagi tidak memberikan ruang kepada pasukan lawan mereka dalam permainan kedua.

Walaupun Focus menggunakan Alchemist, perkara itu tidak menghalang Ana untuk sekali lagi membuat terjunan Fountain untuk memberikan tekanan yang tinggi kepada mereka.

Selepas 4 kali membuat terjunana Fountain menggunakan Phantom Lancer, akhirnya OG memperoleh kemenangan ke-2 untuk menutup siri perlawanan tersebut dengan kiraan mata 2-0.

via DreamHack DOTA

Kemenangan ini sangat penting buat mereka bagi mendapatkan semula sokongan moral dan kepercayaan daripada peminat yang menantikan kebangkitan semula pasukan tersebut.

Satu perlawanan telah berlangsung sebelum itu antara Tundra Esports menentang pendatang baru liga, Hellbear Smashers.

Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh Tundra Esports dengan mata 2-1 untuk menduduki tangga ke-2 liga di belakang OG.

Sumber: DreamHack DOTA

#DPC2021 #DreamOG

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

PPD dilantik sebagai jurulatih baru Alliance.

[#DOTA2] Ikon DOTA 2 Amerika Syarikat yang juga merupakan bekas pemain Evil Geniuses, Peter “PPD” Dager telah ditawarkan sebagai jurulatih percubaan bagi pasukan Alliance.

Riot Games umum kalendar e-sukan bagi separuh kedua tahun 2021.

[#ESUKAN] Riot Games telah menayangkan pratonton kalendar e-sukan mereka menjelang separuh kedua 2021 yang melibatkan Valorant, League of Legends serta League of Legends: Wild Rift.

OG tewas lagi, rekod sempurna Alliance akhirnya lebur.

[#DOTA2] Dua pasukan DOTA 2 Eropah, OG Esports dan Alliance kecundang pada awal pagi tadi dalam aksi Liga Div 1 DPC Eropah Barat.

Riot Games dan Netflix bakal mengeluarkan siri animasi League of Legends pada hujung tahun ini.

[#LeagueOfLegends] Riot Games dengan kerjasama Netflix bakal menayangkan siri animasi League of Legends: Arcane yang akan menemui peminat Oktober tahun ini.

Team Spirit, Virtus Pro terus bersaing di puncak liga.

[#DOTA2] Team Spirit dan Virtus Pro terus bertarung di puncak Liga Div 1 DPC Eropah Timur selepas kedua-dua pasukan meraih kemenangan awal pagi tadi.

Skuad DOTA 2 Todak telah dibubarkan.

[#DOTA2] Organisasi e-sukan tempatan, Todak telah mengumumkan pembubaran skuad DOTA 2 mereka serta-merta semalam.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you