Home GAMING | ESUKAN Dota 2 OG Esports gagal ke Major dan berdepan kemungkinan disingkirkan.

OG Esports gagal ke Major dan berdepan kemungkinan disingkirkan.

877
OG tewas lagi, rekod sempurna Alliance akhirnya lebur.
OG tewas lagi, rekod sempurna Alliance akhirnya lebur.

[#DOTA2] Pasukan OG Esports sekali lagi mengecewakan peminat mereka apabila sekali lagi gagal melayakkan diri ke kejohanan Major selepas tewas 0-2 di tangan Team Liquid dalam perlawanan terakhir Liga DPC Eropah Barat awal pagi tadi.

Pasukan OG Esports sekali lagi mengecewakan peminat mereka apabila sekali lagi gagal melayakkan diri ke kejohanan Major selepas tewas 0-2 di tangan Team Liquid dalam perlawanan terakhir Liga DPC Eropah Barat awal pagi tadi.
Pasukan OG Esports sekali lagi mengecewakan peminat mereka apabila sekali lagi gagal melayakkan diri ke kejohanan Major selepas tewas 0-2 di tangan Team Liquid dalam perlawanan terakhir Liga DPC Eropah Barat awal pagi tadi.

Kekalahan ini juga memberi ruang kepada Team Secret dan Team Nigma untuk menempatkan diri mereka ke peringkat kad liar WePlay AniMajor 2021.

Dalam perlawanan pagi tadi, OG Esports seolah-olah hilang punca dalam kedua-dua peta kerana mereka tewas amat mudah terutamanya dalam perlawanan kedua.

Pemilihan Broodmother untuk pemain teras Team Liquid, Maximillian “qojqva” Brocker memnerikan impak besar dalam permainan tersebut.

Biarpun OG Esports memilih Sven untuk bertarung dengan hero tersebut namun itu tidak menjadi malahan Anathan “humblegod” Pham teruk ‘dibuli’ sehingga tamat perlawanan dan hanya memungut mata KDA 1/9/2.

Qojqva yang hidup abadi dalam perlawanan tersebut diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan dan berjaya membawa Team Liquid ke peringkat kumpulan WePlay AniMajor 2021 yang akan berlangsung pada 2 Jun nanti di Kyiv.

OG Esports akan sekali lagi turun ke gelanggang untuk perlawanan penentuan penyingkiran ke Liga Div 2 untuk musim hadapan berdepan pasukan Brame dan juga Tundra Esports.

Sumber: DreamHack DOTA

#DPC2021 #WePlayAniMajor

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!