Home GAMING | ESUKAN Valorant OG kembali ke kancah VALORANT.

OG kembali ke kancah VALORANT.

60

[#VALORANT] OG Esports telah memperkenalkan barisan pemain baru untuk skuad VALORANT mereka bagi menghadapi saingan baru VALORANT Champions Tour 2022.

OG Esports telah memperkenalkan barisan pemain baru untuk skuad VALORANT mereka bagi menghadapi saingan baru VALORANT Champions Tour 2022.
OG Esports telah memperkenalkan barisan pemain baru untuk skuad VALORANT mereka bagi menghadapi saingan baru VALORANT Champions Tour 2022.

Perkara itu diumumkan oleh organisasi e-sukan tersebut menerusi laman web rasmi mereka dan telah dimuat naik di susur masa Twitter.

Pasukan ini dianggotai oleh 4 bakat baru dari negara Perancis disamping ketua pasukan yang merupakan penggerak utama skuad ini iaitu Benjamin “uNKOE” Chavasson.

Bekas pemain pasukan Bonsoir, Matheiu “LaAw” Plantin, Elian “MateliaN” Romagnoli serta bekas pemain OG sendiri yang digugurkan pada Mei lalu, Theo “OniBy” Tarlier akan bersama membawa cabaran pasukan tersebut.

Melengkapkan skuad ialah Joey “fxy0” Schlosser yang merupakan bintang baru yang harus diberikan perhatian biarpun beliau kurang berpengalaman dalam arena professional.

Pasukan bimbingan Julien “daemoN” Ducros itu dalam persediaan untuk menempuh saingan VCT Pentas Pertama yang akan membuka tirai pada 10 Januari nanti.

Sumber: OG VALORANT

#DreamOG #OG

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!