[#DOTA2] OG mulakan saingan DPC Eropah Barat siri ke-3 dengan bergaya apabila berjaya membenam Team Secret 2-0 awal pagi tadi.
Bermain dalam format Best of 3, juara ESL Stockholm Major tidak menunggu lama untuk menunjukkan taring mereka dan hanya memerlukan 44 minit sahaja untuk memenangi mata yang pertama.
Game was going well and then it didn’t 😳
GO NEXT LA#SecretDota pic.twitter.com/MWLGY3rE0C
— Team Secret (@teamsecret) June 7, 2022
Team Secret kembali menyusun atur strategi untuk permainan yang kedua dengan memilih kombo hero klasik Io dan Razor.
Namun Yazied “YapzOr” Jaradat yang menggunakan Enigma gagal membuat setup yang kemas ketika perlawanan berlangsung menyebabkan tugas rakan-rakannya yang lain semakin sukar.
Pasukan OG menggunakan peluang tersebut untuk sekali lagi mendominasi perlawanan dengan 32 minit sahaja diperlukan untuk memastikan kemenangan bersih 2-0 berjaya diperolehi mereka.
GGWP @teamsecret!
See you at the Major next (maybe?)#DreamOG pic.twitter.com/nLArrQqrIv
— OG (@OGesports) June 7, 2022
Kemenangan tersebut meletakkan pasukan bimbingan Evgenii “Chuvash” Makarov itu berkongsi kedudukan di tangga teratas liga DPC Eropah Barat bersama pasukan Entity yang menewaskan Gaimin Gladiators juga dengan kiraan mata yang sama.
Sumber: DreamHack
#SecretFighting #TeamSecret #DreamOG #OG
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!