GAMING | ESUKAN Dota 2 OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara...

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

-

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.
Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam. FOTO: ESL

Ini merupakan kemenangan mereka yang kedua tahun ini dalam kejohanan yang dianjurkan oleh ESL selepas menggondol hadiah utama dalam saingan ESL One Stockholm 2022.

Di hari terakhir semalam, OG berjaya melepasi cabaran di peringkat akhir lower bracket selepas menumbangkan Team Secret dengan kiraan mata 2-0.

Bertemu Team Aster di pentas akhir, nyata ini adalah peluang terbaik buat mereka untuk membalas dendam selepas tersingkir dalam saingan PGL Arlington Major bulan lalu kepada pasukan yang sama.

Dalam peta yang pertama dan kedua yang berlangsung di Arena of Stars itu, Ammar Al-Assaf (ATF) telah diberikan hero kegemaran beliau iaitu Mars.

Nyata Mars yang digunakan beliau tiada tandingan dan dengan mudah membawa pasukannya mendahului 2-0.

Pemain Team Aster, Du Peng (Monet) telah berhempas pulas untuk mengekang asakan lawan biarpun telah berjaya mendapatkan Rampage namun mereka terpaksa akur dengan permainan yang kemas dipertunjukkan oleh OG.

Pasukan juara dunia dua kali itu hanya memerlukan satu mata lagi untuk bergelar juara manakal wakil China itu perlu membuat sesuatu bagi menghalang perkara itu berlaku.

 

Draf peta yang ketiga cukup menarik dengan ATF diberikan hero Underlord manakala Artem Golubeiv (Yuragi) menggunakan Phantom Assassin.

Team Aster berjaya mendahului di peringkat awal permainan namun selepas sahaja Yuragi mendapatkan Battlefury dan Black King Bar, segala-segalanya berubah dan tempo permainan mula berpihak kepada OG.

Selepas 41 minit perlawanan berlangsung, wakil China itu telah mengibarkan bendera putih untuk memberikan kemenangan kepada pasukan Eropah itu.

Sebagai juara, OG telah membawa pulang wang tunai berjumlah $175,000 dan juga piala keramat ESL One.

Sumber: ESL DOTA 2

#ESLOneMalaysia #ESLOne #DreamOG #OG #TeamAster

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

Pasukan T1 satukan semula Ana dan Topson.

[#DOTA2] Gandingan dua kali juara dunia iaitu Topias Taavitsainen (Topson) dan Anathan Pham (Ana) kembali disatukan semula oleh pasukan T1 sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The International 2022.

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

TI11: Team Spirit, Aster, Beastcoast dan Tundra sertai rombongan kedua ke Singapura.

[#DOTA2] 4 lagi pasukan termasuk Team Spirit telah menempah tiket ke kejohanan dunia The International 2022 secara merit dan ini menjadikan 8 pasukan keseluruhan yang layak menerusi ranking DOTA 2 Pro Circuit (DPC)

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you