GAMING | ESUKAN Dota 2 OG tewas lagi, rekod sempurna Alliance akhirnya lebur.

OG tewas lagi, rekod sempurna Alliance akhirnya lebur.

-

[#DOTA2] Dua pasukan DOTA 2 Eropah, OG Esports dan Alliance kecundang pada awal pagi tadi dalam aksi Liga Div 1 DPC Eropah Barat.

OG Esports dan Alliance kecundang pada awal pagi tadi dalam aksi Liga Div 1 DPC Eropah Barat.
OG Esports dan Alliance kecundang pada awal pagi tadi dalam aksi Liga Div 1 DPC Eropah Barat. FOTO: OG

Lagi mengejutkan kedua-dua pasukan tewas kepada pasukan bukan pilihan iaitu Tundra Esports dan juga pasukan Brame.

OG Esports turun ke gelanggang terlebih dahulu dalam misi memperbaiki kedudukan liga, bertemu dengan pasukan yang diketuai oleh Adrian “Fata” Trinks.

Penggunaan Ancient Apparation yang digunakan Fata telah memaksa Anathan “humblegod” Pham bekerja keras kerana beberapa kali Fata berjaya menjatuhkan pemain Australia itu dalam pertembungan satu lawan satu terutamanya di permainan yang ketiga.

Tundra Esports terus memonopoli permainan tersebut untuk meraih kemenangan terbesar pada musim ini dengan menewaskan OG Esports 2-1.

Bersambung selepas itu adalah perlawanan antara pendahulu liga, Alliance bertemu pasukan yang bergelut di fasa penyingkiran, Brame.

Pemain teras utama dari Greece, Tasos “Focus” Michailidis cemerlang bersama Wraith King beliau di permainan bertama untuk mengumpul KDA sebanyak 11/1/15 untuk membantu pasukannya mendahului 1-0.

Alliance bangkit untuk menyamakan kedudukan selepas 38 minit permainan di peta yang kedua untuk mengheret siri perlawanan tersebut ke peta yang ketiga.

Kedua-dua pasukan memilih hero permainan lewat di bahagian teras utama iaitu Morphling dan Spectre dan memaksa mereka untuk bermain sehingga hampir satu jam.

Ternyata Focus lebih fokus dalam permainan itu bersama Morphling dan berhasil memberikan Brame kemenangan yang sangat berharga itu untuk menghidupkan kembali peluang untuk kekal di liga utama itu.

Walaupun tewas, Alliance masih kukuh di persada liga dengan 4 mata, 1 mata dihadapan Team Liquid di tangga kedua liga.

Sumber: DreamHack DOTA

#DPC2021 #DreamOG #LongLiveAlliance #WeAreBrame

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

Pasukan T1 satukan semula Ana dan Topson.

[#DOTA2] Gandingan dua kali juara dunia iaitu Topias Taavitsainen (Topson) dan Anathan Pham (Ana) kembali disatukan semula oleh pasukan T1 sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The International 2022.

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

TI11: Team Spirit, Aster, Beastcoast dan Tundra sertai rombongan kedua ke Singapura.

[#DOTA2] 4 lagi pasukan termasuk Team Spirit telah menempah tiket ke kejohanan dunia The International 2022 secara merit dan ini menjadikan 8 pasukan keseluruhan yang layak menerusi ranking DOTA 2 Pro Circuit (DPC)

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you