GAMING | ESUKAN Dota 2 OG umum kepulangan semula Ana.

OG umum kepulangan semula Ana.

-

[#DOTA2] Penantian peminat OG Esports akhirnya berakhir apabila pasukan tersebut mengumumkan kepulangan semula pemain bintang mereka, Anathan “Ana” Pham ke skuad utama DOTA 2 mereka.

Penantian peminat OG Esports akhirnya berakhir apabila pasukan tersebut mengumumkan kepulangan semula pemain bintang mereka, Anathan “Ana” Pham
Penantian peminat OG Esports akhirnya berakhir apabila pasukan tersebut mengumumkan kepulangan semula pemain bintang mereka, Anathan “Ana” Pham. FOTO: EPICENTER

 

Perkara ini diumumkan dalam satu video pengenalan yang dimuat naik di laman media sosial Twitter mereka sebentar tadi.

Ana adalah sebahagian daripada pasukan OG Esports yang telah menjuarai kejohanan dunia The International 2 kali berturut-turut kini kembali dalam misi mengekalkan gelaran juara tersebut.

Ini adalah kali ketiga beliau masuk ke skuad utama pasukan itu selepas dua kali meninggalkannya untuk memberikan tumpuan kepada pelajarannya.

Bermula Januari tahun lalu OG Esports mengumumkan bahawa Ana berehat daripada arena professional dan membawa masuk pemain Malaysia, Yeik “Midone” Neik Zheng.

BACA: MidOne tidak lagi bersama OG.

Namun pasukan tersebut telah mengeluarkan Midone selepas mereka gagal layak ke kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 yang baru sahaja berakhir tempoh hari.

Kini kepulangan Ana bakal menguatkan kembali OG Esports yang dalam prestasi tidak menentu ketika ini dan sudah semestinya aksi Io beliau ketika di kejohanan The International 9 masih segar dalam ingatan peminatnya.

“Saya gembira Ana kembali dan saya mahu melihat sejauh mana kami boleh pergi bersama-sama,” dipetik daripada kenyataan media oleh ketua pasukan, Johan “N0tail” Sundstein

OG Esports bakal memulakan saingan Liga Div 1 DPC Eropah musim yang ke-2 pada 13 April ini bertemu pendatang baru, Brame yang baru sahaja naik daripada Liga Div 2 DPC Eropah.

Sumber: OG

#DPC2021 #DreamOG

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

Gambit Esports dan Natus Vincere bakal berentap di peringkat akhir DreamHack Masters Spring 2021

[#CSGO] Gambit Esports bakal berdepan dengan seteru utama Eropah Timur, Natus Vincere dalam perlawanan akhir kejohanan DreamHack Masters Spring 2021.

OG mudah benam Team Secret 2-0 awal pagi tadi.

[#DOTA2] OG Esports dan Team Secret telah bertarung awal pagi tadi dalam saingan Liga Div 1 DPC Eropah Barat dengan kemenangan berpihak kepada bekas juara The International dua kali berturut-turut itu.

PPD dilantik sebagai jurulatih baru Alliance.

[#DOTA2] Ikon DOTA 2 Amerika Syarikat yang juga merupakan bekas pemain Evil Geniuses, Peter “PPD” Dager telah ditawarkan sebagai jurulatih percubaan bagi pasukan Alliance.

Riot Games umum kalendar e-sukan bagi separuh kedua tahun 2021.

[#ESUKAN] Riot Games telah menayangkan pratonton kalendar e-sukan mereka menjelang separuh kedua 2021 yang melibatkan Valorant, League of Legends serta League of Legends: Wild Rift.

OG tewas lagi, rekod sempurna Alliance akhirnya lebur.

[#DOTA2] Dua pasukan DOTA 2 Eropah, OG Esports dan Alliance kecundang pada awal pagi tadi dalam aksi Liga Div 1 DPC Eropah Barat.

Riot Games dan Netflix bakal mengeluarkan siri animasi League of Legends pada hujung tahun ini.

[#LeagueOfLegends] Riot Games dengan kerjasama Netflix bakal menayangkan siri animasi League of Legends: Arcane yang akan menemui peminat Oktober tahun ini.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you