GAMING | ESUKAN Dota 2 OGA Dota PIT 2020 Online China kembali di musim...

OGA Dota PIT 2020 Online China kembali di musim kedua

-

[#Dota2] OGA Dota Pit 2020 Online rantau China kembali untuk musim kedua, masa untuk VICI Gaming, PSG LGD, RNG kembalikan maruah yang jatuh di tangan Sparking Arrow Gaming.

OGA Dota Pit Online 2020 China
OGA Dota Pit Online 2020 China Season 2.

Penganjur utama kejohanan, AMD Sapphire umum perkara ini awal pagi tadi dimana mereka kembali ke rantau China untuk anjuran pertandingan Dota 2 dengan jumlah hadiah lebih daripada RM400,000!

Baru-baru ini, kejohanan penganjur luar yang diadakan di tanah besar China itu merupakan kejohanan Beyond Epic anjuran RuHub, Beyond The Summit dan juga EPICENTER perlihat dominasi nama baru Sparking Arrow Gaming.

Ini merupakan tempat untuk nama-nama besar Dota 2 seperti VICI Gaming, RNG, PSG LGD dan juga EHOME untuk kembalikan maruah mereka yang hilang di mata dunia. VICI Gaming tumpas bersih 2-0 didalam bo3 di pentas akhir kejohanan Beyond Epic dengan Spaking Arrow Gaming atau SAG.

Kejohanan ini merupakan siri kedua yang diadakan dimana siri pertama sebelum ini diadakan pada awal bulan May 2020. Siri pertama kejohanan ini dijulang oleh VICI Gaming dimana mereka benam pasukan PSG LGD 3-1 dipentas akhir.

8 pasukan umum sertai kejohanan ini seperti dibawah:

  • CDEC Gaming
  • PSG.LGD
  • EHOME
  • Vici Gaming
  • Invictus Gaming
  • Sparking Arrow Gaming
  • Team Aster
  • Royal Never Give Up

OGA Dota Pit 2020 Online China musim kedua ini akan bermula pada 1 Julai ini dengan lebih RM400,000 jadi taruhan.

Sumber: Dota Pit

#VICIGaming #OGADotaPit #DotaPitOnline #DotaPitChina #PSGLGD #SAG #AMDSapphire #HyperX

Jangan lupa support page SENTRUMMY untuk info terkini Dota 2 dan content menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Seorang bekas ahli media dan penulis baru didalam dunia penulisan namun telah lama meminati dunia esukan. Into Music, Movie for fun and IT Tech for work. Thank you for the love and support geng! Email me at afrozoso@sentrum.my for anything including collaboration, news and even lepak!

Latest news

OGA Dota PIT 2020 Online China kembali di musim kedua

OGA Dota Pit 2020 Online rantau China kembali di musim ke2, masa untuk VICI Gaming - PSG LGD, kembalikan maruah yang jatuh di tangan Sparking Arrow Gaming.

Beyond Epic, Team Secret Juara, 6 kejuaraan berturut-turut

[#Dota2] Team Secret juara kejuaraan Beyond Epic anjuran Beyond The Summit dan Epicenter benam Team Nigma 3-0 di pentas akhir.

Beyond Epic rantau CHINA, Sparking Arrow tibai VICI Gaming 2-0!

[#Dota2] Sparking Arrow Gaming juara kejohana Beyond Epic rantau China selepas benam pasukan gergasi Dota 2 China, VICI Gaming 2-0 di pentas akhir.

DR Disrespect ‘banned” dari Twitch, kali ini buat selama-lamanya?

Bintang Twitch Dr Disrespect telah diharamkan atau 'banned' dari laman streaming Twitch awal pagi semalam dan kali ini mungkin selama-lamanya.

Selepas GranDGrant, kini TobiWan pula dilanda kes gangguan seksual

[#Dota2] Toby "TobiWan" Dawson dituduh melakukan jenayah gangguan seksual baru-baru ini dimana pelbagai tindakan telah diambil keatas diri beliau.

David Beckham sertai dunia esukan, tubuh Guild Esports

[#Esukan] David Beckham sertai dunia esukan dengan berkolaborasi dan melabur didalam kelab esukan berasal dari United Kingdom - Guild Esports. 

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you