GAMING | ESUKAN Dota 2 OMEGA League - gabungan mantap EPIC Esports/WePlay!

OMEGA League – gabungan mantap EPIC Esports/WePlay!

-

[#Dota2] Dua penganjur paling mantap esukan Dota 2, EPIC Esports dan WePlay! bergabung anjur kejohanan OMEGA League untuk rantau EU dan juga Amerika!

OMEGA Dota OMEGA League
OMEGA League! Lebih RM2.5 Juta jadi taruhan. Foto Epic GG

Kejohanan OMEGA League ini akan bermula seawal 20 Julai 2020 di pusingan kelayakan untuk dua rantau yang terlibat. Komentetor untuk kejohanan ini fokus kepada dua bahasa iaitu bahasa Inggeris akan di handle oleh WePLay manakala Bahasa Rusia seperti biasa -RuHub.

Kejohanan terakhir EPIC Esports merupakan Beyond EPIC pada bulan lalu dimana kerjasama dilakukan dengan Beyond The Summit yang juga penganjur esukan terbesar rantau Amerika. Kali ini, mereka bekerjasama dengan jiran mereka sendiri di rantau CIS iaitu WePlay untuk kejohanan OMEGA League. EPIC Esports mula terkenal apabila kejohanan EPICENTER merupakan kejohanan Major yang terpenting sebelum Covid-19 melanda.

WePlay pula tidak asing lagi didalam dunia penganjuran esukan walaupun tidaklah begitu lama bertapak tetapi siri kejohanan WePlay sebelum ini tersangat lah power dimata peminat. Penuh dengan kejutan dan offline set yang sangat menarik!

Ciri-ciri kejohanan ini adalah seperti berikut:

  • Dua rantau iaitu EU/CIS dan juga Amerika
  • RM 2.5 Juta
  • 12 Pasukan
  • 20 Julai – 6 September 2020

10 Pasukan dari EU/CIS telah pon dijemput manakala 2 lagi akan melalui pusingan kelayakan:

  • Natus Vincere
  • FlyToMoon
  • Evil Geniuses
  • Team Secret
  • Team Nigma
  • OG
  • Alliance
  • Team Liquid
  • Virtus.pro

6 pasukan jemputan Amerika juga telah diumumkan seperti dibawah:

  • Quincy Crew
  • 4 Zoomers
  • Beastcoast
  • Midas Club
  • Thunder Predator
  • Infamous

OMEGA League ini antara kejohanan yang terbesar diadakan dari segi jumlah hadiah dimana lebih RM2.5 Juta jadi taruhan. Selepas Covid-19, kebanyakan kejohanan yang diadakan tidak lebih dari RM500,000 sebagai jumlah hadiah.

HYPE Geng! Kejohanan ini juga akan disertai Juara Eropah Team Secret!

Sumber: EPIC Esports

#EPICEsports #WePlay #EPICENTER #OMEGALeague #OMEGADota #EPICGG

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info Dota 2 terkini dan juga content menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Seorang bekas ahli media dan penulis baru didalam dunia penulisan namun telah lama meminati dunia esukan. Into Music, Movie for fun and IT Tech for work. Thank you for the love and support geng! Email me at afrozoso@sentrum.my for anything including collaboration, news and even lepak!

Latest news

OMEGA League – gabungan mantap EPIC Esports/WePlay!

[#Dota2] Dua penganjur paling mantap esukan Dota 2, EPIC Esports dan WePlay! bergabung anjur kejohanan OMEGA League untuk rantau EU dan juga Amerika!

ESL One Thailand 2020, Asia dan Amerika jadi taruhan

[#Dota2] Penganjur kejohanan esukan Dota 2 ESL One umum anjur ESL One Thailand 2020 untuk 2 benua iaitu Asia dan juga Amerika.

Mod baru Aghanim Labyrinth bukan sahaja untuk pemilik Battlepass

[#Dota2] Mod baru Aghanim Labyrinth kini terbuka untuk semua pemain Dota 2 termasuk pemilik akaun Battlepass The International 10.

Yoodo Gank habiskan Opening Weekend PMWL di tempat ketiga

[#PMWL] Yoodo Gank habiskan peringkat Opening Weekend PMWL (PUBG Mobile World League) di tempat ketiga dibelakang Orange Rock dan juga Bigetron Red Aliens.

Reverse Sweep tumpaskan VICI Gaming, CDEC Gaming juara OGA Dota Pit China

[#Dota2] CDEC Gaming juara OGA Dota Pit China Musim kedua tumpaskan VICI Gaming secara 'reverse sweep' setelah ketinggalan 2-0 menjadi 2-3!

Ninja sah berpindah ke platform live streaming YouTube

[#Streamer] Bintang streamer Richard 'Ninja' Tyler Blevins kini sah bersiaran langsung (live streaming) di platform YouTube.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you