GAMING | ESUKAN Dota 2 ONE Esports Singapore Major 2021: Fnatic pulang awal.

ONE Esports Singapore Major 2021: Fnatic pulang awal.

-

[#DOTA2] Fnatic tersingkir seawal pusingan pertama kerangka bawahan kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 selepas ditumbangkan OB Esports Neon 1-2 sebentar tadi.

Fnatic tersingkir seawal pusingan pertama kerangka bawahan kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 selepas ditumbangkan OB Esports Neon 1-2
Fnatic tersingkir seawal pusingan pertama kerangka bawahan kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 selepas ditumbangkan OB Esports Neon 1-2. FOTO: FNATIC

Pertembungan dua gergasi Asia Tenggara terpaksa diheret sehingga ke perlawanan ketiga untuk menentukan pemenang.

Dalam perlawanan pertama, Fnatic dilihat lebih stabil berbanding lawan mereka namun kesilapan demi kesilapan di penghujung perlawanan telah memakan diri.

Damage yang tinggi dikeluarkan oleh Erin Jasper “Yopaj” Ferrer yang menggunakan Puck tidak dapat dibendung lagi untuk memberikan mata pertama kepada OB Esports Neon.

Juara Liga Div 1 DPC Asia Tenggara itu bangkit di perlawanan kedua sebelum ‘disekolahkan’ dalam perlawanan penentuan.

OB Esports Neon hanya memerlukan 32 minit sahaja untuk memastikan mereka mara ke peringkat seterusnya dan menghantar Fnatic keluar daripada saingan kejohanan Major kali ini.

via ONE Esports

Dengan kemenangan ini mereka akan bertemu pemenang sama ada Vici Gaming ataupun Team Liquid di pusingan kedua kerangka bawahan.

Kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 yang menawarkan hadiah utama berupa wang tunai bernilai $200,000 USD (RM823,500 MYR) dan juga 500 mata DPC sudah memasuki peringkat utama.

Anda boleh menyaksikan kejohanan ini secara langsung dari rumah dengan resolusi 4K 60 fps menerusi saluran Twitch, Youtube dan Facebook rasmi ONE Esports.

Sumber: ONE Esports

#SingaporeMajor #SecretFighting #TSWIN

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

BLAST Premier Spring Finals 2021 bakal bermula pada bulan Jun nanti.

[#CSGO] G2 Esports dan Gambit Esports menjadi 2 pasukan terakhir menyertai kejohanan BLAST Premier Spring Finals 2021 yang dijangka akan berlangsung pada 15 Jun nanti.

Evil Geniuses terlalu handal buat pasukan The Cut.

[#DOTA2] Evil Geniuses tepati ramalan mudah menewaskan pasukan The Cut dalam saingan Liga Div 1 DPC Amerika Utara 2-0 awal pagi tadi.

Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG

[#Valorant] Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG selepas membenam cabaran rakan senegara dari Singapura, LVR 3-1 di perlawanan akhir.

Team Secret hilang taring, tewas 0-2 kepada Team Nigma.

[#DOTA2] Pasukan terbaik DOTA 2 benua Eropah, Team Secret tewas 0-2 kepada pasukan Team Nigma dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC Eropah awal pagi tadi.

NAVI tewas kepada Team Spirit dalam perlawanan pembukaan Liga Div 1 DPC CIS.

[#DOTA2] Natus Vincere atau lebih dikenali sebagai NAVI tumbang dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC CIS kepada pasukan dari Russia, Team Spirit.

Team Vitality tewas mengejut kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team.

[#CSGO] Pasukan handalan Eropah, Team Vitality menerima tamparan hebat apabila tersingkir daripada saingan BLAST Premier Spring Showdown 2021 selepas tewas kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you