Home GAMING | ESUKAN Dota 2 ONE Esports Singapore Major 2021: ‘Viva La Peru!’

ONE Esports Singapore Major 2021: ‘Viva La Peru!’

236

[#DOTA2] Hari pertama peringkat kumpulan kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 telah tamat semalam dengan beberapa aksi yang menarik telah berlaku dan ini adalah ulasan ringkas mengenainya.

Hari pertama peringkat kumpulan kejohanan ONE Esports Singapore Major telah tamat semalam
Hari pertama peringkat kumpulan kejohanan ONE Esports Singapore Major telah tamat semalam
  1. Viva La Peru!
FOTO: Thunder Predator

Pasukan dari Peru, Thunder Predator menguasai peringkat kumpulan selepas memenangi kesemua 8 perlawanan yang berlangsung semalam.

via Liquipedia

Lebih manis lagi mereka berjaya menumpaskan bekas juara The International 3 dan juga 7 iaitu Alliance dan Team Liquid.

BACA: Thunder Predator benam dua gergasi Eropah.

Selain itu juga mereka telah menjinakkan pasukan handalan dari Amerika Syarikat, Quincy Crew serta jaguh China, Team Aster.

Rata-rata pemerhati dan penganalisa professional DOTA 2 terkejut dengan prestasi yang ditampilkan oleh pasukan dari Peru ini.

Secara purata pada hari semalam, Alonso “MNZ” Leon menduduki tangga teratas dalam senarai pemain yang mempunyai ‘kills’ paling banyak dengan 10.75 ‘kills per game’.

Diikuti dengan 2 lagi rakan sepasukannya Leonardo “Leostyle-“ Fuentes dan Frank “Frank” Arias yang masing-pasing mengutip 7.83 dan 7.68 ‘kills per game’.

  1. Apa sudah jadi kepada Neon?
FOTO: OB Esports Neon

Wakil tunggal Asia Tenggara di peringkat kumpulan, OB Esports Neon sepertinya tidak mampu menandingi pasukan-pasukan yang bertanding dan hanya memenangi 1 daripada 8 perlawanan sahaja semalam.

Mereka seolah-oleh hilang taring ketika bertemu dengan pasukan dari rantau lain dan persembahan mereka tidak sama ketika saingan Liga Div 1 DPC Asia Tenggara tempoh hari.

Walaubagaimanapun pujian harus diberikan kepada OB Esports Neon kerana berjaya mengutip 1 mata berharga ketika bertemu Team Aster.

Namun mereka harus melakukan sesuatu selepas ini bagi mengelakkan tersingkir dan gagal mara ke peringkat Playoff.

  1. Void Spirit kini ditangga teratas.
via DOTA 2

Selepas tamat hari pertama peringkat kumpulan, Void Spirit telah menjadi hero paling banyak digunakan iaitu sebanyak 29 kali daripada 61 perlawanan secara keseluruhan.

Namun rekod kadar kemenangan hero tersebut tidaklah sebegitu baik dengan hanya 41% sahaja berbanding Tusk yang mempunyai 63% dengan 24 kali penggunaanya.

Dragon Knight masih lagi tercari-cari kemenangan pertama kerana hero tersebut berada di tangga teratas senarai kemunculan hero yang tidak mempunyai kemenangan dengan 6 kemunculan.

Kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 sedang berlangsung dan menawarkan hadiah utama berupa wang tunai bernilai $200,000 USD (RM823,500 MYR) dan juga 500 mata DPC.

Anda boleh menyaksikan kejohanan ini secara langsung dari rumah dengan resolusi 4K 60 fps menerusi saluran Twitch, Youtube dan Facebook rasmi ONE Esports.

Sumber: ONE Esports

#ThunderPredator #SingaporeMajor #NeonEsports

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!