GAMING | ESUKAN Mobile Legends ONE Esports umum kejohanan Mobile Legends Invitational, lebih RM600,000...

ONE Esports umum kejohanan Mobile Legends Invitational, lebih RM600,000 jadi taruhan

-

[#MobileLegends] ONE Esports umum The Mobile Legends: Bang Bang Invitational yang menawarkan jumlah hadiah lebih daripada RM 600,000.

ONE ESPORTS MLBB Invitational Jakarta Foto ONE ESPORTS

ONE Esports sebelum ini terlibat dengan kejohanan esukan seperti Dota 2, Tekken dan Street Fighter dan belum lagi melebarkan sayap mereka ke esukan yang lain. Selepas kejayaan menjadi penganjur untuk tiga esukan tersebut dengan jayanya, ONE Esports kini anjur kejohanan bertaraf dunia untuk Mobile Legends: Bang Bang pada Julai ini.

ONE Esports Dota 2 World Invitational Singapore sebelum ini merupakan antara kejohanan yang bertaraf dunia walaupun tidak terlibat dengan mata DPC, namun mereka tidak berhenti disitu dimana ONE Esports kembali ke Jakarta pada April ini untuk kejohanan yang sama.

Kejohanan ini merupakan kali pertama ONE Esports bekerjasama dengan pembangun MLBB iaitu Moontoon.

“Southeast Asia is at the vanguard of mobile esports, and Mobile Legends: Bang Bang has nurtured and grown one of the healthiest esports communities in the world. We will not only provide the community with opportunities to compete against the best Mobile Legends: Bang Bang teams, but also execute a world-class competition series that engages and wows esports fans,” kata Carlos Alimurung, CEO of ONE Esports.

Pusingan kelayakan mengikut negara seperti berikut:

  • 2-3 May – Indonesia dan Singapore
  • 9-10 May – Philippines dan Malaysia
  • 16-17 May – Thailand dan Laos (combined), dan Myanmar

Juara akan membawa pulang lebih RM200,000 manakala tempat kedua akan bawa pulang lebih RM100,000. Tempat ketiga pula akan bawa pulang lebih RM80,000.

Kejohanan ini akan diadakan di Jakarta pada 1 hingga 5 Julai 2020.

Sumber dan info lanjut: ONE ESPORTS MLBB Invtitational

#MLBB #MobileLegendsbangBang #MobileLegendsInvitational #MLBBJakarta #OneEsportsMLBB #OneEsportsGG #ONEMLI

Support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik.

Afro Zoso
Seorang bekas ahli media dan penulis baru didalam dunia penulisan namun telah lama meminati dunia esukan. Into Music, Movie for fun and IT Tech for work. Thank you for the love and support geng! Email me at afrozoso@sentrum.my for anything including collaboration, news and even lepak!

Latest news

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

Pasukan T1 satukan semula Ana dan Topson.

[#DOTA2] Gandingan dua kali juara dunia iaitu Topias Taavitsainen (Topson) dan Anathan Pham (Ana) kembali disatukan semula oleh pasukan T1 sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The International 2022.

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

TI11: Team Spirit, Aster, Beastcoast dan Tundra sertai rombongan kedua ke Singapura.

[#DOTA2] 4 lagi pasukan termasuk Team Spirit telah menempah tiket ke kejohanan dunia The International 2022 secara merit dan ini menjadikan 8 pasukan keseluruhan yang layak menerusi ranking DOTA 2 Pro Circuit (DPC)

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you