GAMING | ESUKAN Dota 2 Outlanders | Kemaskini 7.23, Void Spirit, Snapfire dan pembaharuan...

Outlanders | Kemaskini 7.23, Void Spirit, Snapfire dan pembaharuan yang menggila!

-

[#Dota2] Kemaskini 7.23 – Outlanders kini hadir dengan dua hero baharu iaitu Void Spirit dan juga Snapfire. Kemaskini 7.23 dari segi permainan juga hadir dengan pelbagai pembaharuan.

THE OUTLANDERS UPDATE FOTO VALVE

Kemaskini Outlanders aka ‘patch’ 7.23 telah lama ditunggu-tunggu oleh peminat Dota 2 sejak dari pengumumannya pada pertengahan The International 9 Ogos lepas. Kini selepas pengumuman pasukan Nigma milik Kuroky semalam, Dota 2 Valve melepaskan kemaskini terbaru yang penuh dengan pelbagai skill, cara permainan dan juga hero untuk peminat yang lama menunggu.

VOID SPIRIT

Void Spirit merupakan Hero baru yang dijanjikan oleh Dota 2 yang diumumkan pertengahan The International 9 Ogos lalu. Ramai yang teruja untuk menantikan hero baru untuk kepelbagaian dan suasana yang lain untuk permainanan itu sendiri.

Void Spirit dilaporkan akan menjadi Hero Carry dimana skill yang ada pada diri beliau sesuai untuk dijadikan posisi utama 1-3. Dibawah adalah ciri-ciri hero tersebut.

Void Spirit Foto Valve

Void Spirit Skill Foto Valve

Void Spirit hadir bersama dengan 3 hero spirit yang sedia ada iaitu Ember Spirit, Earth Spirit dan juga Storm Spirit. Seperti nama yang diberikan, Void Spirit kelihatan boleh memanipulasi realiti jika dilihat pada kuasa yang ada padanya.

SNAPFIRE

Hero yang akan disukai untuk pemain posisi 4 dan juga 5 hadir di kemaskini 7.23 ini. Snapfire merupakan salah satu hero yang baru hadir bersama-sama dengan Void Spirit dimana beliau diklasifikasi sebagai hero ‘support’ yang sesuai dengan kebolehan beliau. Snapfire juga diumumkan akan hadir di kemaskini Outlanders ini semasa di The International 9 tempoh hari.

SNAPFIRE FOTO VALVE

Kemaskini 7.23 bukan sahaja sahaja berikan 2 hero yang baru tetapi kemaskini yang ‘gila’ dan juga banyak! Dota 2 kini kelihatan seperti permainan yang lain! Beberapa kemaskini yang terbesar adalah seperti berikut:

Kemaskini Courier:

Dilaporkan bahawa Courier kini akan diberikan kepada setiap pemain. Bukan itu sahaja, courier daripada pemain itu sendiri akan dapatkan level seperti pemain itu dan apabila courier sampai ke level 25, Courier boleh aktif kan item yang dipegang! Courier juga boleh memacak Ward apabila level 15!

Level Hero

Level hero pemain dikatakan tidak lagi sehingga 25 tetapi sehingga level 30! Apabila hero capai level 30, keseluruhan Talent Tree akan boleh diguna pakai!

“Heroes can now level up to 30. Once you get to level 30, you unlock the entire talent tree. XP requirement for the levels are 3500/4500/5500/6500/7500. Respawn time does not increase past 25. XP bounties max out at level 25 bounty values.”

Shop

Secret shop dan juga side shop kini juga terima kemaskini yang besar. Side shop kini tiada lagi untuk kemaskini terbaru ini dan item di Secret shop khas hanya untuk Secret Shop bermakna item seperti Ring dan lain-lain tidak boleh didapati di base!

Setakat ini memang kemaskini besar hadir bersama Outlanders dan juga 7.23 ini. Item baru juga ditambah manakala bangunan menggantikan side shop juga baru! Setiap hero mempunyai kemaskini terbaru seperti naik taraf Scepter dan banyak lagi!

Boleh baca Nota penuh kemaskini disini.

Macam mana geng? Kejohanan kat Singapore antara kejohanan terawal kita dapat lihat kemaskini ini dimainkan oleh pasukan-pasukan profesional!

Sumber: Dota 2 Valve

#Outlanders #723 #Dota2Update #Dota2News

Jangan lupa untuk Support page Sentrum.MY untuk kemaskini terbaru Dota2 dan juga content menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Outlanders | Kemaskini 7.23, Void Spirit, Snapfire dan pembaharuan yang menggila!

Outlanders kini hadir dengan dua hero baharu iaitu Void Spirit dan juga Snapfire. Kemaskini 7.23 dari segi permainan juga hadir dengan pelbagai pembaharuan.

SEAMonkeys | MidOne, Ninjaboogie cipta pasukan baru bersama pemain DotaHero

Midone, Ninjaboogie bersama dengan dua pemain DotaHero Zeal dan Chidori akan sertai pusingan kelayakan Leipzig Major dengan pasukan baru - SEAMonkeys.

Penantian berakhir, Kuroky kini kembali sebagai Nigma Esports

Juara The International 7, Kuroky kembali ke pentas profesional Dota 2 untuk musim baru DPC 2019-2020 sebagai Nigma Esports.

Gen G Esports julang juara dunia PUBG Global Championship 2019

[#PUBG] Gen G Esports dijulang sebagai juara dunia PUBG apabila memenangi kejohanan PUBG Global Championship 2019 sebentar tadi.

TNC Predator Juara MDL Chengdu Major | Mata ke TI10 kini bermula

TNC Predator juara MDL Chengdu Major, kalahkan pasukan tuan rumah VICI Gaming 3-1 tanda perjalanan mata DPC ke Ti10 kini bermula. 

Miracle, Kuroky, Mind_Control, GH dan W33 !

Bekas pemain kelab Team liquid Miracle, Mind_Control, Kuroky, GH dan juga W33 acah akan kembali ke pentas profesional Dota 2 tidak lama lagi.

Must read

Outlanders | Kemaskini 7.23, Void Spirit, Snapfire dan pembaharuan yang menggila!

Outlanders kini hadir dengan dua hero baharu iaitu Void Spirit dan juga Snapfire. Kemaskini 7.23 dari segi permainan juga hadir dengan pelbagai pembaharuan.

TNC Predator Juara MDL Chengdu Major | Mata ke TI10 kini bermula

TNC Predator juara MDL Chengdu Major, kalahkan pasukan tuan rumah VICI Gaming 3-1 tanda perjalanan mata DPC ke Ti10 kini bermula. 
video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

You might also likeRELATED
Recommended to you