Home GAMING | ESUKAN Valorant Paper Rex dan XERXIA wakili benua Asia Pasifik ke Copenhagen

Paper Rex dan XERXIA wakili benua Asia Pasifik ke Copenhagen

32

[#VALORANT] Paper Rex layak beraksi di kejohanan VALORANT Champions Tour (VCT) Stage 2 Masters Copenhagen selepas muncul juara saingan Challengers Asia Pasifik (APAC) semalam.

Paper Rex layak beraksi di kejohanan VALORANT Champions Tour (VCT) Stage 2 Masters Copenhagen selepas muncul juara saingan Challengers Asia Pasifik (APAC) semalam.
Paper Rex layak beraksi di kejohanan VALORANT Champions Tour (VCT) Stage 2 Masters Copenhagen selepas muncul juara saingan Challengers Asia Pasifik (APAC) semalam.

Pasukan yang dianggotai oleh pemain kelahiran Malaysia, Khalish “d4v41” Rusyaidee itu sebelum berjaya menyapu bersih 3-0 ketika menentang wakil Thailand, XERXIA di perlawanan akhir.

Walaupun diberikan gelaran pasukan pilihan mara ke pentas finale, Paper Rex enggan sesekali memandang enteng lawan mereka.

Beraksi di peta Icebox dalam permainan pertama, kedua-dua pasukan menunjukkan aksi yang menghiburkan, namun pasukan dari Singapura itu lebih bernasib baik untuk memenangi mata yang pertama dengan kemenangan 13-8.

Bersambung ke peta kedua di Fracture, Paper Rex telah menunjukkan dominasi mereka yang sebenar selaku bekas juara edisi yang lalu dan berjaya memperoleh kemenangan mudah 13-4.

XERXIA yang tahu bahawa kemenangan di peta seterusnya iaitu Breeze sahaja yang mampu menghidupkan peluang mereka, anak buah Yuttanagorn “Zeus” Kaewkongyai itu memperkemas corak permainan.

Namun Paper Rex menunjukkan kepada dunia mengapa mereka layak digelar sebagai raja VALORANT Asia Tenggara apabila sekali lagi mereka mendahului lawan mereka 10-2 di separuh masa pertama sebelum menoktahkan permainan dengan kejayaan membelasah 13-5 sekali gus muncul juara.

Walaupun tewas di pentas akhir, pasukan XERXIA masih layak untuk beraksi di Copenhagen sebagai naib juara saingan benua.

Berita baik juga kepada kedua-dua pasukan ini apabila secara meritnya mereka layak untuk berentap di kejohanan dunia VALORANT Champions 2022 yang akan berlangsung di Istanbul, Turki menerusi kiraan mata ranking APAC.

Sumber: PPRX

#PPRXTeam #XERXIA #PaperREx

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!