GAMING | ESUKAN Valorant Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage...

Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG

-

[#Valorant] Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG selepas membenam cabaran rakan senegara dari Singapura, LVR 3-1 di perlawanan akhir.

Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG selepas membenam cabaran rakan senegara dari Singapura, LVR 3-1 di perlawanan akhir.
Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG selepas membenam cabaran rakan senegara dari Singapura, LVR 3-1 di perlawanan akhir.

Ini merupakan kemenangan pertama mereka dalam saingan Valorant Challengers Stage 2 selepas hanya menduduki tempat kedua dalam siri yang pertama.

Sebelum ini kedua-dua pasukan pernah bertemu di pusingan separuh akhir rangka atas yang dimenangi oleh Paper Rex dengan mata 2-1.

Menjelang perlawanan akhir, sudah semestinya LVR mahu membalas dendam akan kekalahan tersebut namun lawan mereka terlalu bagus untuk mereka.

Bermain dalam format best of 5, kedudukan terikat 1-1 selepas 2 perlawanan yang pertama dan ini menunjukkan kedua-dua pasukan enggan mengalah.

Memasuki perlawanan ketiga, pasukan Paper Rex telah menggandakan asakan biarpun LVR cuba memberikan tentangan yang sengit.

Namun akhirnya pasukan yang dianggotai oleh pemain tunggal Malaysia, Khalish β€œd4v41” Rusyaidee menang 13-8 untuk mendahului saingan 2-1.

Paper Rex hanya memerlukan satu lagi kemenangan sahaja untuk menutup siri perlawanan tersebut dan pada suatu ketika mereka mendahului 12-7 namun LVR berjaya mengejar sehingga 12-11.

Tetapi pada pusingan ke-24, kewibawaan Benedict β€œBenkai” Tan mengetuai pasukan telah membuahkan hasil dan akhirnya mereka berjaya memungut mata berharga itu seterusnya menamatkan permainan dengan keputusan 13-11.

Sebagai juara, pasukan Paper Rex bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai $1,559 USD (RM6,435 MYR) dan akan menyambung perjalanan mereka ke siri ketiga Valorant Challengers Stage 2 MY/SG.

Sumber: Paper Rex

#ValorantChallengers #PPRXTeam

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

PPD dilantik sebagai jurulatih baru Alliance.

[#DOTA2] Ikon DOTA 2 Amerika Syarikat yang juga merupakan bekas pemain Evil Geniuses, Peter β€œPPD” Dager telah ditawarkan sebagai jurulatih percubaan bagi pasukan Alliance.

Riot Games umum kalendar e-sukan bagi separuh kedua tahun 2021.

[#ESUKAN] Riot Games telah menayangkan pratonton kalendar e-sukan mereka menjelang separuh kedua 2021 yang melibatkan Valorant, League of Legends serta League of Legends: Wild Rift.

OG tewas lagi, rekod sempurna Alliance akhirnya lebur.

[#DOTA2] Dua pasukan DOTA 2 Eropah, OG Esports dan Alliance kecundang pada awal pagi tadi dalam aksi Liga Div 1 DPC Eropah Barat.

Riot Games dan Netflix bakal mengeluarkan siri animasi League of Legends pada hujung tahun ini.

[#LeagueOfLegends] Riot Games dengan kerjasama Netflix bakal menayangkan siri animasi League of Legends: Arcane yang akan menemui peminat Oktober tahun ini.

Team Spirit, Virtus Pro terus bersaing di puncak liga.

[#DOTA2] Team Spirit dan Virtus Pro terus bertarung di puncak Liga Div 1 DPC Eropah Timur selepas kedua-dua pasukan meraih kemenangan awal pagi tadi.

Skuad DOTA 2 Todak telah dibubarkan.

[#DOTA2] Organisasi e-sukan tempatan, Todak telah mengumumkan pembubaran skuad DOTA 2 mereka serta-merta semalam.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you