[#CSGO] Pasukan gergasi Jerman; BIG, muncul juara kejohanan dalam talian Roobet Cup 2022 selepas menewaskan FaZe Clan 2-1 di pentas akhir semalam.
Johannes “tabseN” Wodarz dan rakan-rakan sepasukannya berjaya membenam cabaran pasukan nombor satu dunia itu di peta Dust2 16-13 sebelum tewas tipis 14-16 di peta Nuke.
Peta Mirage menjadi saksi bagaimana pasukan BIG berjaya bangkit ketinggalan 6-9 di separuh masa pertama untuk mendahului 15-12 sebelum kedua-dua pasukan terpaksa bermain ke masa tambahan.
Permainan di masa tambahan tergendala seketika disebabkan oleh sedikit masalah teknikal namun perkara tersebut tidak mengganggu momentum pasukan dari Jerman itu untuk memenangi peta tersebut 19-17.
Selaku juara, pasukan BIG berjaya menggondol hadiah utama bernilai $150,000 USD manakala FaZe Clan pula terpaksa sekadar berpuas hati di tempat kedua dengan wang tunai berjumlah $50,000 USD.
Sumber: BIG CLAN
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!