Home GAMING | ESUKAN Dota 2 Penentuan 4 penjuru dijangka berlaku di minggu terakhir Liga DPC Eropah Barat.

Penentuan 4 penjuru dijangka berlaku di minggu terakhir Liga DPC Eropah Barat.

350

[#DOTA2] Kemenangan Team Secret ke atas pasukan Brame serta kekalahan Team Nigma dalam saingan Liga Div 1 DPC Eropah Barat awal pagi tadi memungkinan perlawanan penentuan atau tiebreaker akan berlaku secara 4 penjuru.

Kemenangan Team Secret ke atas pasukan Brame serta kekalahan Team Nigma dalam saingan Liga Div 1 DPC Eropah Barat awal pagi tadi memungkinan perlawanan tiebreaker akan berlaku secara 4 penjuru.
Kemenangan Team Secret ke atas pasukan Brame serta kekalahan Team Nigma dalam saingan Liga Div 1 DPC Eropah Barat awal pagi tadi memungkinan perlawanan tiebreaker akan berlaku secara 4 penjuru.

Hal ini kerana pada ketika ini 2 pasukan sedang terikat dengan rekod 4-3 (4 kemenangan, 3 kekalahan) iaitu Team Nigma dan Team Secret.

via Liquipedia

Biarpun Team Liquid mendahului dengan rekod 4-2 namun mereka akan berdepan pasukan OG yang kini memegang rekod 3-3 pada perlawanan terakhir mereka tengah malam nanti.

Jika OG memenangi perlawanan tersebut, 4 pasukan akan terikat dengan rekod 4-3 dan semestinya perkara itu akan merumitkan lagi keadaan untuk mereka yang terpaksa bermain lebih banyak perlawanan selepas ini.

Tundra Esports dan pasukan Brame kini terikat dengan rekod 3-4 berdepan situasi penyingkiran namun OG bakal menyertai tiebreaker bersama mereka jika tewas dalam pertembungan menentang Team Liquid nanti.

Pasukan manakah akan mengekori jejak pasukan Alliance untuk ke kejohanan WePlay AniMajor 2021 di Kyiv dan siapakah bakal disingkirkan bersama Hellbear Smashers akan ditentukan tidak lama lagi.

Sumber: DreamHack DOTA

#DPC2021 #DreamLeague #WePlayAniMajor

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!