GAMING | ESUKAN Dota 2 Penggunaan telefon - sosial media haram buat pemain pro...

Penggunaan telefon – sosial media haram buat pemain pro China menjelang TI9

-

Menjelang “The International 9” Ogos ini, pasukan Dota 2 dari China bekerja lebih keras kerana sudah “puasa” dua tahun dari membawa pulang kejuaraan terbesar Dota 2 itu pulang ke China.

Lebih – lebih lagi kali ini, kejuaraan utama esports ini akan diadakan di negara itu sendiri iaitu di Mercedes-Benz Arena, Shanghai bermula 15 Ogos ini.

Konsep selang seli dimana pasukan China dan bukan China untuk memenangi Aegis of Immortal ( gelaran kejuaraan The International ) sudah pon di pecahkan oleh OG dimana pasukan PSG.LGD kalah ditangan mereka pada tahun lepas.

Ti 1: Natus Vincere – Ukraine
Ti 2: Invictus Gaming – CHINA
Ti 3: Alliance – Sweden
Ti 4: Newbee – CHINA
Ti 5: Evil Geniuses – USA
Ti 6: Wings Gaming – CHINA
Ti 7: Team Liquid – EUROPE
Ti 8: OG – EUROPE

Seperti senarai diatas, semenjak The International di jalan kan, pasukan China akan membawa pulan Aegis of Immortal itu selang seli setiap 2 kali kejohanan tetapi berhenti apabila OG menang tahun lepas yang kononnya patut dijuarai PSG.LGD.

Kali ini pasukan China tidak lagi mengambil mudah kerana kejohanan terbesar itu dijalankan buat pertama kali nya di Asia terus di negara mereka sendiri – China.

Gambar ini dikongsi oleh BBKing, seorang pengarah filem di China yang sedang menjalankan projek industri esukan.

Photo – BBKing Weibo Page

Terjemahan:

1. Hari latihan: Isnin hingga Sabtu. Ahad rehat

2. Semasa bootcamp, pemain perlu menyerahkan telefon mudah alih mereka dan memadam semua aplikasi komunikasi dan media sosial pada komputer mereka. Setiap pemain boleh menggunakan telefon bimbit mereka sehingga 30 minit sehari sepanjang hari latihan (Tertakluk kepada kelulusan oleh jurulatih). Pemain boleh mengambil semula telefon bimbit mereka pada hari Ahad. Penggunaan telefon bimbit yang tidak dibenarkan atau penggunaan aplikasi berbual akan tertakluk kepada denda 3000 RMB ( RM1,800 ) setiap kali dikenakan.

3. Semasa hari latihan, pemain perlu berada di tempat latihan sebelum jam 13:00. Aktiviti yang tidak berkaitan dengan latihan tidak dibenarkan. Pemain yang melanggar peraturan ini akan dikenakan denda 1000 RMB ( RM600) setiap kali dikenakan.

4. Merokok dilarang di dalam bilik latihan.

5. Ringkasan Latihan akan diadakan setiap hari Sabtu.

The International 9 akan bermula dengan peringkat kumpulan dahulu pada 15 Ogos 2019 di Shanghai China dan acara utama akan diadakan di Mercedes-Benz Arena pada 20 hingga 25 Ogos.

Kumpulan hadiah terkumpul telah melepasi lebih 100 juta Ringgit Malaysia atau dekat 30 juta US Dollar.

Agak – agak korang yang hardcore dota player boleh training mcm team China ni tak?

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Selepas bersama Ahfu di RNG, kini LaNm kembali bersama Mushi di Keen Gaming

[#DOTA2] LaNm umum sertai Keen Gaming bersama-sama pemain negara Mushi di Keen Gaming tetapi kali ini sebagai jurulatih. 

AVANGAR juara Blast Pro Series Moscow | Bawa pulang lebih RM500,000

[#CSGO] AVANGAR muncul juara Blast Pro Series edisi Moscow semalam selepas menundukkan pasukan lawan forZe dalam siri 2-1.

Adakah Kuroky akan cipta organisasi Dota 2 beliau sendiri?

Pemain Team Liquid semalam umum berpisah dengan organisasi itu namun kedua-dua pihak - Kuroky dan Team Liquid mengatakan masih akan beraksi di musim baru.

TNC Predator lengkap dengan kehadiran Kpii dan March

Selepas pengumuman pelepasan Kuku dan juga Eyyou dari pasukan TNC Predator, pasukan gergasi rantau SEA itu umum kemasukan Kpii dan juga March.

Berakhir Sebuah Era | Pasukan Dota 2 Team Liquid umum berpecah

[#Dota2] Berakhirnya sebuah era apabila pasukan tier 1 Dota 2 Team Liquid umum berpecah sebentar tadi di laman rasmi sosial media mereka.

TNC Predator | KUKU dan Eyyou dilepaskan

[#DOTA2] Kelab esukan gergasi SEA - TNC Predator lepaskan dua pemain DOTA 2 mereka iaitu Carlo "Kuku" Palad dan juga Nico "eyyou" Barcelon.

Must read

AVANGAR juara Blast Pro Series Moscow | Bawa pulang lebih RM500,000

[#CSGO] AVANGAR muncul juara Blast Pro Series edisi Moscow semalam selepas menundukkan pasukan lawan forZe dalam siri 2-1.

Dota Pro Circuit 2019-2020 | Tarikh penting Minor, Major dan pembahagian mata

[#Dota] Valve telah mengemaskini tarikh pertandingan Minor dan juga Major Dota 2 untuk musim baru iaitu Dota Pro Circuit (DPC) 2019-2020.

Astralis Juara Berlin Major | Benam AVANGAR semudah ABC | Bawa pulang lebih RM 2 Juta

[#CSGO][#BerlinMajor] Astralis muncul Juara selepas benam pasukan AVANGAR yang seperti tidak melawan di dalam siri 2-0 dan bawa pulang lebih RM 2 Juta.
video

Berlin Major: Renegades, NRG tersingkir | Astralis vs AVANGAR di Grand Finals

Berlin Major kini sudah sampai ke pusingan terakhir dimana semalam, pasukan Avangar singkirkan Renegades manakala Astralis singkirkan NRG.

You might also likeRELATED
Recommended to you