GAMING | ESUKAN Dota 2 Pieliedie, Misery tubuh pasukan bersama bekas pemain OG.Seed

Pieliedie, Misery tubuh pasukan bersama bekas pemain OG.Seed

-

[#Dota2] Pemain veteran Dota 2, Pieliedie dan Misery tubuh pasukan baru bersama dengan bekas pemain dari Cloud9 dan juga OG.Seed.

Pieliedie Misery Dota
Pieliedie dan Misery tubuh pasukan baru bersama dengan bekas pemain OG.Seed

Johan “pieliedie” Åström, Rasmus “Misery” Filipsen dan Marcus “Ace” Hoelgaard merupakan pemain veteran arena profesional Dota 2 dimana mereka telah pun bertanding secara profesional sejak dari awal 2011. 3 daripada roster pasukan baru ini merupakan bekas pemain untuk kelab esukan Cloud9 yang sebelum ini popular dengan esukan Dota 2 dan juga CSGO.

Pieliedie yang juga bekas pemain Team Secret sebelum ini pernah bermain untuk pasukan FNATIC untuk rantau SEA lebih setahun di awal 2017. Kemudian beliau berpindah ke CG sebelum bermain untuk Mineski sehingga awal tahun 2019. Kembali ke Amerika untuk bermain bersama dengan pasukan Forward Gaming sehingga ke The International 9 namun bermain dibawah bendera Newbee.

Misery pula bersama dengan Pieliedie dengan pasukan Cloud9 sebelum ini bersama-sama dengan Ace. Misery merupakan The International 6 finalis semasa bersama dengan Digital Chaos yang pada waktu itu tumbang dengan pasukan China Wings Gaming.

Ace seperti yang kita tahu juga merupakan veteran didalam arena profesional Dota 2. Beliau bersama dengan Team Secret dan juga Ninjas In Pyjamas sebelum berpindah ke dalam pasukan Chaos9 bersama-sama dengan Pieliedie dan juga Misery. Ace merupakan pemain posisi satu yang juga digeruni pasukan lawan semasa di NIP.

Pemain pasukan OG.Seed yang sertai Pieliedie dan juga Misery ini merupakan Rasmus “Chessie” Blomdin dan juga Andreas Per “Xibbe” Ragnemalm. OG.Seed sebelum ini bertindak sebagai pasukan dibawah naungan juara Ti 2 kali berturut-turut – OG Esports. Namun selepas dunia dilanda pandemik Covid-19, OG.Seed terpaksa bertanding bersama OG Esports di kejohanan yang sama.

AKibat dari “conflict of interest”, OG Esports melepaskan pasukan OG.Seed di bawah naungan mereka serta merta.

Roster penuh pasukan baru yang diberi nama 5men ini:

  • Marcus “Ace” Hoelgaard
  • Rasmus “Chessie” Blomdin
  • Andreas Per “Xibbe” Ragnemalm
  • Rasmus “Misery” Filipsen
  • Johan “pieliedie” Åström

Roster penuh 5men ini akan bermain untuk pusingan kelayakan The Omega League yang akan diadakan bermula 1 Ogos 2020 nanti.

Sumber: Vpesports

#Pieliedie #Misery #Ace #5men #OmegaLeague #Dota2Roster #Cloud9 #OGSeed

Jangan lupa support page SENTRUMMY untuk info terkini Dota 2 dan content menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Seorang bekas ahli media dan penulis baru didalam dunia penulisan namun telah lama meminati dunia esukan. Into Music, Movie for fun and IT Tech for work. Thank you for the love and support geng! Email me at afrozoso@sentrum.my for anything including collaboration, news and even lepak!

Latest news

Pieliedie, Misery tubuh pasukan bersama bekas pemain OG.Seed

[#Dota2] Pemain veteran Dota 2, Pieliedie dan Misery tubuh pasukan baru bersama dengan bekas pemain dari Cloud9 dan juga OG.Seed.

Team Secret MY, Yoodo Gank layak ke Super Weekend 3 PMWL

Team Secret MY dan juga Yoodo Gank berjaya melayakkan diri ke liga Super Weekend 3 PMWL selepas tamat pusingan League Stage terakhir semalam.

Terputus bekalan elektrik, Vikin.gg tersingkir-Dota Pit

Salah seorang pemain Vikin.gg mengalami masalah bekalan elektrik membuatkan pasukan berkenaan tersingkir dari kejohanan OGA Dota Pit semalam.

Raven sertai FNATIC, 11K MMR 23Savage is out

FNATIC umum Marc Polo ‘Raven’ sertai roster baharu mereka sebagai posisi satu sekaligus berakhirnya perkhidmatan 23Savage.

Liga Fantasi SentrumMY : WE HAVE A WINNER!!!

Rasanya tidak terlambat bagi Sentrum untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Liverpool dan pemenang liga fantasi SentrumMY

PMWL -Team Secret MY Juara Super Weekend 2

[#PMWL] Pusingan Super Weekend 2 PMWL perlihat pasukan negara Team Secret MY mencantas pasukan lain untuk berada di no 1 liga semalam

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you