[#Dota2] Johan ‘PieLieDie’ Åström dilihat sertai pasukan gergasi Korea Selatan SK Telekom T1 menurut laman web rasmi pendaftaran Major Valve semalam.
SK Telekom T1 merupakan kelab gergasi sukan elektronik yang berasal dari Korea Selatan itu terkenal dengan game MOBA League of Legends sebelum ini telah pun umum untuk masuk ke arena Dota 2 awal Ogos lepas.
Organisasi terbesar League of Legend, SK Telecom T1 kini masuk ke dunia Dota 2
Pemain pertama yang umum sertai pasukan tersebut adalah Sangdon ‘Forev’ Lee yang juga merupakan pemain Dota 2 berasal dari Korea Selatan.
PieLieDie sebelum ini bermain untuk kelab Newbee yang hadir ke kejohanan The International 9 bersama dengan bekas pasukan Forward Gaming yang kemudian nya dikenali sebagai Quincy Crews dan kini berpayung dibawah bendera Chaos EC. Selepas sahaja The International 9 berakhir, PieLieDie tidak meneruskan perjalanan bersama dengan pasukan Amerika Utara itu dan kini dilihat sertai pasukan SK Telekom T1 menurut laman web rasmi pendaftaran Major Valve.
Kemungkinan besar PieLieDie akan menjadi kapten SK Telekom T1 ini kerana pengalaman beliau yang besar di dalam arena Dota 2 bersama dengan pasukan seperti Team Secret, Fnatic dan juga Mineski.
Buat masa sekarang, pasukan SK Telekom T1 masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang perkara ini mungkin akan tunggu sehingga lengkap kelima-lima roster nanti.
Sumber: Valve
#PieLieDie #LeagueofLegends #Dota2 #SKTelecomT1 #SKTelecom #FOREV #Febby #LoL
Jangan lupa untuk support page Sentrum.MY untuk lberita terkini dan juga content menarik.