[#PUBGM] Team Secret MY layak ke pusingan akhir PUBG Mobile Global Challenge (PMGC) selepas menamatkan saingan liga di tangga ke-16.
Kredit harus diberikan kepada mereka biarpun tidak dapat menyertai super weekend yang terakhir ekoran prestasi buruk ketika saingan minggu ke-4.
Team Secret MY juga telah mengakhiri saingan liga tersebut dengan pungutan mata keseluruhan sebanyak 205 mata dengan 2 chicken dinner sepanjang 4 pusingan super Weekend.
Mereka meninggalkan pencabar terdekat A1 Esports di kedudukan ke-17 dengan jurang 18 mata manakala Blue Bees dari Jepun pula sekadar akur di tempat ke-18.
Kedua-dua pasukan tersebut gagal menggunakan kesempatan beraksi di super weekend ke-4 tanpa kelibat Team Secret MY apabila mereka hanya mampu mengisi 2 tempat yang terakhir sahaja.
Pusingan akhir PMGC dijangka akan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 21 sehingga 24 Januari tahun hadapan.
Sumber: PUBG Mobile Esports
#PMGC #TeamSecret
Jangan lupa support page Sentrum.My untuk info terkini dan juga content menarik!