GAMING | ESUKAN Pubg PMPL Asia Tenggara 2022 bermula hari ini.

PMPL Asia Tenggara 2022 bermula hari ini.

-

[#PUBGMobile] Kejohanan PUBG Mobile Pro League (PMPL) Asia Tenggara akan bermula hari ini dengan 16 pasukan terbaik mengambil bahagian.

Kejohanan PUBG Mobile Pro League (PMPL) Asia Tenggara akan bermula hari ini dengan 16 pasukan terbaik mengambil bahagian.
Kejohanan PUBG Mobile Pro League (PMPL) Asia Tenggara akan bermula hari ini dengan 16 pasukan terbaik mengambil bahagian.

Pertandingan yang berlangsung sehingga 12 Jun (Ahad) nanti akan mempertaruhkan hadiah terkumpul bernilai kira-kira hampir RM660,000 MYR ($150,000 USD)

Kejohanan yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil itu bakal mencipta sejarah apabila menjadi kejohanan PMPL Asia Tenggara yang pertama bermain secara LAN (offline).

Format liga 18 pusingan bakal digunakan dengan 3 peta utama (Erangel, Miramar & Sanhok) akan dimainkan secara giliran dan mata diagihkan mengikut kedudukan dan jumlah jatuhan terkumpul.

Misi Team Secret untuk mempertahankan gelaran mereka selaku juara edisi lalu dijangka sedikit sukar memandangkan rata-rata pasukan yang menyertai pertandingan kali ini sudah dapat membaca taktik yang kerap digunakan mereka.

Anda di rumah juga boleh mengikuti siaran langsung kejohanan PMPL Asia Tenggara melalui saluran rasmi PMPL di Youtube dan Facebook bermula jam 3 petang ini.

Senarai 16 pasukan yang menyertai PMPL Asia Tenggara Musim Bunga 2022:

  • Yoodo Alliance 4Rivals
  • Bacon Time
  • BN United
  • Box Gaming
  • Dingoz Esports
  • D’Xavier
  • Eagle Esport
  • EVOS Reborn
  • Farang Lejund
  • HAIL Esports

Sumber: PUBG Mobile Esports

#PMPLSEA

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

Pasukan T1 satukan semula Ana dan Topson.

[#DOTA2] Gandingan dua kali juara dunia iaitu Topias Taavitsainen (Topson) dan Anathan Pham (Ana) kembali disatukan semula oleh pasukan T1 sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The International 2022.

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

TI11: Team Spirit, Aster, Beastcoast dan Tundra sertai rombongan kedua ke Singapura.

[#DOTA2] 4 lagi pasukan termasuk Team Spirit telah menempah tiket ke kejohanan dunia The International 2022 secara merit dan ini menjadikan 8 pasukan keseluruhan yang layak menerusi ranking DOTA 2 Pro Circuit (DPC)

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you