GAMING | ESUKAN Pubg PMPL MYSG Musim ke-3 bakal bermula, Team Secret MY...

PMPL MYSG Musim ke-3 bakal bermula, Team Secret MY diundi dalam kumpulan maut.

-

[#PUBGMobile] Pasukan PUBG Mobile nombor 1 negara, Team Secret MY bakal diletakkan dalam kumpulan maut bersama-sama dengan 3 lagi pasukan ternama yang lain di kejohanan PMPL MYSG musim ke-3.

Team Secret MY bakal diletakkan dalam kumpulan maut bersama-sama dengan 3 lagi pasukan ternama yang lain di kejohanan PMPL MYSG musim ke-3.
Team Secret MY bakal diletakkan dalam kumpulan maut bersama-sama dengan 3 lagi pasukan ternama yang lain di kejohanan PMPL MYSG musim ke-3. FOTO: FB PUBG Mobile Malaysia

Undian kumpulan untuk peringkat liga telah dilakukan dalam sidang media yang berlangsung petang tadi yang bersiaran langsung di saluran rasmi Youtube dan juga Facebook.

Kesemua 20 pasukan yang bertanding telah diundi dalam 5 buah kumpulan yang dianggotai 4 pasukan dalam setiap kumpul.

Team Secret berada dalam kumpulan C bersama-sama dengan EVOS ViP, J8 Esports dan juga juara PMCO 2021, R2K.

Foto: FB PUBG Mobile Malaysia

Seperti biasa, format super weekend akan digunakan dengan 3 minggu perlawanan bermakna 3 super weekend akan berlaku.

16 pasukan teratas mengikut pengiraan mata daripada 3 super weekend tersebut akan mara ke perlawanan akhir yang dijangka berlangsung pada 23 April nanti.

Istimewa pada edisi kali ini, setiap minggu anugerah terminator atau pemusnah terbaik dan pasukan terbaik akan diberikan manakala satu anugerah khas diberikan pada penghujung liga nanti.

Peringkat liga bakal bermula pada 24 Mac nanti dan hadiah terkumpul RM300,000 bakal menjadi rembutan dalam kejohanan PMPL MYSG musim ke-3 ini.

Sumber: PUBG Mobile Malaysia

#PMPLMYSGS3 #TeamSecret #SecretFighting

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

TI10: PSG LGD jadi pilihan utama, OG intai kejuaraan ketiga.

Kejohanan DOTA 2 The International edisi ke-10 akan membuka tirai petang ini yang bakal menyaksikan 16 pasukan terbaik dunia merebut gelaran juara dunia dengan PSG LGD dijangka menjadi pasukan pilihan utama.

The International 10 kini tanpa penonton, ganti rugi tiket

Valve umum The International 10 diadakan tanpa sebarang penonton di Arena Nationala Bucharest, Romania - ganti rugi tiket yang telah dijual.

BOOM Esports Juara BTS Pro Series 8 SEA

[#Dota2] Boom Esports Juara BTS Pro Series musim 8 rantau SEA selepas mengalahkan pasukan Team SMG 3-2 di pentas akhir sebentar tadi.

Skuad Dota 2 TNC Predator bubar, Mushi kekal?

Seluruh skuad Dota 2 TNC Predator umum bubar di laman sosial mereka namun jurulatih mereka Mushi tiada dalam pengumuman yang sama.

Tanpa skuad penuh, PSGLGD Juara OGA Dota Pit

PSGLGD juara OGA Dota Pit awal pagi tadi tundukkan Team Spirit 3-1 di pentas akhir bersama dengan jurulatih mereka iaitu Xiao8.

Dota 2, PUBG Mobile kini pingat rasmi Sukan Asia ke-19

Dota 2 dan PUBG Mobile antara esukan tersenarai yang akan dipertandingkan secara rasmi di Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China pada September 2022.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you