GAMING | ESUKAN Dota 2 Preview peringkat wildcard WePlay AniMajor 2021.

Preview peringkat wildcard WePlay AniMajor 2021.

-

[#DOTA2] Saingan kejohanan WePlay Animajor 2021 yang bakal berlangsung di Kyiv, Ukraine bakal berlangsung tidak lama dengan peringkat kad liar akan membuka tirai gelanggang pada 2 Jun nanti.

Saingan kejohanan WePlay Animajor 2021 yang bakal berlangsung di Kyiv, Ukraine bakal berlangsung tidak lama dengan peringkat kad liar akan membuka tirai gelanggang pada 2 Jun nanti.
Saingan kejohanan WePlay Animajor 2021 yang bakal berlangsung di Kyiv, Ukraine bakal berlangsung tidak lama dengan peringkat kad liar akan membuka tirai gelanggang pada 2 Jun nanti.

Kesemua 6 pasukan yang akan memulakan saingan di peringkat tersebut adalah Team Nigma, Team Secret, Execration, AS Monaco Gambit, Vici Gaming serta juara ONE Esports Singapore Major 2021, Invictus Gaming.

via Liquipedia

Dari atas kertas semestinya 4 pasukan daripada Eropah Barat serta China bakal mengungguli saingan tersebut namun terdapat beberapa faktor yang bakal mengubah corak serta taktikal pasukan masing-masing.

Team Secret dan Invictus Gaming sudah layak ke The International 10 selepas mengumpul mata DPC yang mencukupi dan boleh dikatakan kejohanan ini adalah sekadar pemanas badan buat mereka dan lebih fokus kepada perkembangan pasukan.

Bebanan atau tekanan buat mereka tidaklah seberat 2 lagi pasukan iaitu Team Nigma dan Vici Gaming yang sangat memerlukan mata dalam kejohanan kali ini.

Bagi wakil tunggal Eropah Timur pula, kehilangan Akbar “SoNNeikO” Butaev serta Vladimir “No[o]ne” Minenko di sangat akhir merumitkan lagi keadaan mereka dan berkemungkinan peluang mereka untuk mara sangat tipis.

Lain pula ceritanya buat pasukan daripada Filipina yang sudah lama tidak beraksi di kejohanan anjuran Valve iaitu Execration yang kembali membuat penampilan sulung selepas kali terakhir muncul pada kejohanan The International 7.

Bagi mereka kejohanan kali ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan pengalaman dan mengukur prestasi sebenar selepas menduduki tempat ke-3 dalam Liga DPC Asia Tenggara musim ke-2.

Ramalan awal daripada penulis mengikut beberapa faktor di atas, Vici Gaming dan Team Secret bakal melepasi saingan tersebut tetapi bakal diberikan cabaran yang sengit oleh pencabar terdekat mereka.

Terdapat seorang pengguna laman sosial reddit u/TheRiverSpirit telah melakukan beberapa simulasi menggunakan sistem ELO dan mendapati bahawa kedua-dua pasukan daripada China bakal melepasi peringkat wild card itu dengan mudah.

via Reddit

Hanya Team Secret sahaja yang mempunyai peluang untuk memberikan tekanan kepada mereka.

Namun ini sekadar ramalan dan jawapan sebenar hanya akan terjawab pada 2 Jun ini dan akan bersiaran langsung melalui saluran Twitch rasmi WePlay DOTA bermula jam 7 malam waktu Malaysia.

Sumber: WePlay Esports

#WePlayAniMajor #DPC2021

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

BLAST Premier World Final 2021 akan berlangsung tanpa penonton.

[#CSGO] Kejohanan akhir tahun, BLAST Premier World Final 2021 akan berlangsung tanpa kehadiran penonton ekoran penemuan varian COVID-19 yang baru.

VALORANT Champions 2021 bermula malam ini.

[#VALORANT] Kejohanan dunia VALORANT Champions 2021 bermula hari ini dengan 3 perlawanan akan berlangsung yang melibat 6 pasukan terbaik dunia.

DPC: OG cipta kejutan, Tundra Esports menewaskan Alliance.

[#DOTA2] Pasukan muda OG cipta kejutan dalam saingan DPC Eropah selepas berjaya menjinakkan pasukan gergasi, Team Secret 2-0 awal pagi tadi.

Eric Khor letak jawatan selaku pengurus dan pengarah DOTA 2 Fnatic.

[#DOTA2] Selepas lebih 6 tahun berkhidmat bersama Fnatic, akhirnya Eric “ReiNNNN” Khor letak jawatan selaku Pengurus Pasukan dan telah digantikan oleh Paolo Gonzalez “KTM” Bago.

Aui_2000 sertai Tundra Esports sebagai jurulatih pasukan.

[#DOTA2] Bekas juara dunia, Kurtis “Aui_2000” Daniel Ling kini sah menyertai Tundra Esports sebagai jurulatih pasukan bagi menghadapi saingan DPC Eropah musim ini.

BOOM Esports menjuarai Mineski Masters 2021.

[#DOTA2] BOOM Esports laung amaran awal kepada pencabar mereka dalam saingan DPC Asia Tenggara selepas pasukan tersebut menjuarai Mineski Masters yang berakhir semalam.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you