GAMING | ESUKAN Dota 2 PSG LGD 'tercekik' lagi, Team Spirit muncul juara PGL...

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

-

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.
Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam. FOTO: PGL

Biarpun terpaksa bertarung dengan Team Aster terlebih dahulu dalam saingan akhir lower bracket, namun juara dunia itu tidak langsung menunjukkan tanda-tanda kepenatan.

Bertemu PSG LGD di perlawanan akhir buat kali yang kedua berturut-turut selepas Riyadh Masters musim ini, semestinya Team Spirit mempunyai ‘hutang’ yang masih belum berbayar.

Bermula dengan peta yang pertama, anak buah Zhang Ning (Xiao8) terlebih dahulu memungut mata yang pertama sebelum pasukan dari Rusia itu membuat satu kebangkitan epik di peta yang kedua untuk menyamakan kedudukan menjadi 1-1.

Dalam peta tersebut, PSG LGD gagal menamatkan perlawanan lebih awal biarpun mendominasi permainan dan pada minit ke-70, Team Spirit telah menghukum kealpaan lawan mereka untuk kembali menghidupkan peluang sebelum memenangi peta tersebut selang 5 minit selepas itu.

Bersambung ke peta ketiga, Alexander Khertek (TORONTOTOKYO) dan rakan-rakan berjaya menjarakkan kedudukan kepada 2-1 dan hanya memerlukan satu kemenangan sahaja lagi sebelum menjulang trofi Major pertama mereka.

Namun, PSG LGD dilihat bermula lebih garang untuk menghalang perkara itu terjadi dalam peta yang keempat dengan Zhang Ruida (Faith_bian) sangat rakus merobek setiap musuhnya bersama Razor.

Team Spirit enggan mengalah dan hasilnya sekali lagi di pertengahan permainan kesilapan demi kesilapan telah dilakukan oleh lawan mereka dari China itu terus dihukum dengan cukup sempurna.

Pertaruhan berani juara dunia itu dengan memberikan kepercayaan kepada Magomed Khalilov (Collapse) menggunakan hero Axe sangat tepat untuk mematikan langkah-langkah yang cuba diaturkan oleh PSG LGD.

Selepas 44 minit permainan berlangsung barulah mereka akur dengan kehebatan Team Spirit yang akhirnya berjaya memperoleh gelaran Major DOTA 2 yang pertama sejak penubuhan pasukan tersebut.

Sebagai juara, pasukan Rusia itu akan membawa pulang hadiah utama bernilai $200 ribu USD bersama trofi iringan serta 820 mata DPC untuk dikumpul.

Misi Team Spirit selepas ini semestinya untuk mempertahankan gelaran juara dunia di Singapura pada bulan Oktober nanti.

Sumber: PGL

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

Pasukan T1 satukan semula Ana dan Topson.

[#DOTA2] Gandingan dua kali juara dunia iaitu Topias Taavitsainen (Topson) dan Anathan Pham (Ana) kembali disatukan semula oleh pasukan T1 sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The International 2022.

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

TI11: Team Spirit, Aster, Beastcoast dan Tundra sertai rombongan kedua ke Singapura.

[#DOTA2] 4 lagi pasukan termasuk Team Spirit telah menempah tiket ke kejohanan dunia The International 2022 secara merit dan ini menjadikan 8 pasukan keseluruhan yang layak menerusi ranking DOTA 2 Pro Circuit (DPC)

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you