Home GAMING | ESUKAN Dota 2 PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

41

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.
Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

Kemenangan ini juga membolehkan mereka meneruskan rekod kemenangan 100% di peringkat playoff antarabangsa sejak dari kejohanan Riyadh Masters.

Perlawanan yang diibaratkan pertembungan semula perlawanan akhir The International 10 itu telah menarik perhatian ribuan penyokong yang hadir.

Team Spirit diberikan harapan yang tinggi untuk menghalang kemaraan pasukan gergasi itu namun perkara sebaliknya yang berlaku.

Dalam peta yang bertama, PSG LGD hanya memerlukan 40 minit sahaja untuk menumbangkan juara dunia itu untuk mendahului perlawanan dengan mata 1-0.

Bersambung ke peta yang kedua, pasukan bimbingan Zhang Ning (Xiao8) menerima sedikit tentangan di awal permainan terutama di lorong tengah.

Cheng Jin Xiang (NothingToSay) telah diasak teruk oleh Alexander Khertek (TORONTOTOKYO) namun kegagalan Team Spirit untuk mengekang 2 lagi pemain teras PSG LGD telah menyebabkan jaguh China itu mendominasi perlawanan di hujung permainan.

Selepas 49 minit perlawanan berlangsung, akhirnya TORONTOKYO dan rakan-rakan terpaksa akur dengan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh lawan mereka.

Kemenangan bersih 2-0 ini memboleh PSG LGD mara ke perlawanan akhir manakala Team Spirit pula jatuh ke lower bracket dan akan bertemu Team Aster yang sebelum itu berjaya menumbangkan pasukan OG.

Sumber: PGL

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!