[#DOTA2] Bekas pemain Virtus Pro, Ivan “Pure” Moskalenko akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial berkenaan dengan salah laku beliau dalam saingan playoff DPC Eropah Timur yang lalu.
Dalam video yang berdurasi 29 saat itu, beliau meminta maaf kepada umum dan menyedari kesalahannya melukis simbol tentera ‘Z’ tempoh hari ketika menentang pasukan Mind Games.
I will start by saying I am going to be a better person. Peace to everyone. pic.twitter.com/Brv5SjsR3D
— Иван (@puredota187) June 4, 2022
Pure juga secara jelas menyatakan bahawa beliau sama sekali tidak menyokong pencerobohan tentera Rusia terhadap penduduk Ukraine dan akan cuba memperbaiki tingkah lakunya selepas ini.
Selepas kejadian itu berlaku, Virtus Pro serta merta digugurkan daripada saingan oleh pengendali kejohanan dan kesannya, organisasi e-sukan itu bertindak untuk menamatkan terus kontrak pemain kelahiran Rusia tersebut.
Kini Pure akan mengharungi saingan DPC Eropah Barat buat kali yang pertama bersama pasukan Entity bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Remco “Crystallis” Arets yang sudah menyertai Team Secret.
Sumber: Twitter
#Pure #Entity #VP #VirtusPro
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!