Home GAMING | ESUKAN Dota 2 Pusingan kelayakan The International 10 zon Asia Tenggara bermula esok.

Pusingan kelayakan The International 10 zon Asia Tenggara bermula esok.

244

[#DOTA2] Pusingan kelayakan The International 10 zon Asia Tenggara akan membuka tirai esok dengan 15 pasukan bakal berentap merebut satu slot ke temasya dunia itu.

Pusingan kelayakan The International 10 zon Asia Tenggara akan membuka tirai esok dengan 15 pasukan bakal berentap merebut satu slot ke temasya dunia itu.
Pusingan kelayakan The International 10 zon Asia Tenggara akan membuka tirai esok dengan 15 pasukan bakal berentap merebut satu slot ke temasya dunia itu.

Menggunakan format singkir berganda (double elimination), 8 pasukan pilihan akan bertarung di rangka atasan terlebih dahulu manakala selebihya akan memulakan di rangka bawahan.

Pasukan pilihan pertama, TNC Predator terlebih dahulu turun ke gelanggang pada jam 11 pagi untuk bertemu pasukan dari Malaysia, Team SMG yang semestinya menjadi antara perlawanan tumpuan untuk kali ini.

Pusingan kelayakan Asia Tenggara diteruskan dengan BOOM Esports menentang Execration pada jam 2 petang sebelum Ng “ChYuan” Kee Chyuan dan Fnatic berhadapan dengan Omega Esports.

Hari pertama pusingan kelayakan itu akan diakhiri dengan pertembungan antara pasukan nombor satu Thailand, Motivate.Trust Gaming lawan OB Esports Neon dari Filipina pada jam 8 malam.

Peringkat rangka bawahan juga berlangsung pada waktu yang sama dan kesemua perlawanan ini anda boleh saksikan secara langsung di saluran Twitch rasmi, Beyond The Summit.

Berikut adalah info mengenai senarai pemain dan pasukan yang dianggotai oleh pemain Malaysia:

Fnatic: Ng “ChYuan” Kee Chyuan.

Team SMG: Yeik “MidOne” Nai Zheng, Kam “Moon” Boon Seng, Tue “ah fu” Soon Chuan, Roger “Roddgee” Tan Boon Thye.

Galaxy Racer: Vincent “AlaCrity” Hiew Teck Yoong.

Team Mystery: mKs-, mercury, X1aOyU, QWE, wayne.

Sumber: BTS

#TI10 #GoSG

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!