News Rainbow Six Siege: Ubisoft umum Operation Ember Rise, Battlepass...

Rainbow Six Siege: Ubisoft umum Operation Ember Rise, Battlepass dan Operator baru

-

[#RainbowSiegeSix] [VIDEO] Ubisoft telah mengumumkan Rainbow Six Siege Operation Ember Rise, datangkan 2 operator, Map Kanal yang dikemaskini dan juga BattlePass.

Rainbow Siege Operation Ember Rise, FOTO: Ubisoft

Ubisoft umum Operation Ember Rise ini di Raleigh Major semalam yang memperkenalkan dua operator baru iaittu Attacker dan juga Defender. Mereka juga mengumumkan BattlePass untuk Ops kali ini di mana ia sudah menjadi norma didalam industri gaming.

AMARU & GOYO Operator baru

Seperti peminat Rainbow Six Siege yang sudah tahu, Operator lain mungkin lebih mempunyai gajet dan senjata yang agak rumit, tetapi tidak buat Amaru. Amaru merupakan operator yang mudah dan juga intuitif. Beliau merupakan 2-speed dan 2 armor Attacker siap dengan Garra Hook.

New Operator AMARU, Rainbow Siege Operation Ember Rise, FOTO: Ubisoft

Garra Hook merupakan pelancar cangkuk yang membolehkan beliau untuk memanjat ke tempat-tempat yang tinggi dan juga jauh dengan masa yang cepat dan pantas. Seperti biasa, operator lain yang ingin memecah masuk cermin perlukan proses yang agak lambat jika dibandingkan dengan kebolehan Amaru.

Goyo pula merupakan operator baru dengan 2-speed dan 2-armor defender setelah sekian waktu Ubisoft menambah defender. Goyo lengkap dengan Volcan Shields, iaitu perisai yang boleh dipasang dimana-mana siap dengan bahan letupan dibelakang perisai tersebut.

Volcan shields yang lengkap dengan bahan letupan boleh jadi seperti senjata yang berbahaya buat kedua-dua pihak, musuh mahupun Goyo sendiri. Ini kerana, jika perisai tersebut berjaya diletupkan, ia akan mengeluarkan api seperti molotov yang merebak di tempat pemasangan perisai itu.

New Operator GOYO, Rainbow Siege Operation Ember Rise, FOTO: Ubisoft

Kemaskini Rainbow Six Siege Operation Ember Rise ini juga memperlihatkan pembaharuan di map Kanal. Map Kanal menerima pembaharuan yang baru dimana ia memudahkan pemain untuk rotate kerana ada jalan baharu yang menghubungkan bahagian barat dengan bahagian timur bangunan.

Terdapat dua tangga yang baru ditambah menjadikan Map Kanal lebih kepada strategi menegak. Ini memberi sedikit sebanyak kelebihan kepada Amaru yang khusus pakar untuk memasuki tempat yang tinggi dengan masa yang pantas.

BattlePass yang diumumkan setakat ini dipanggil ‘Call Me Harry’. Seperti biasa mekaniks untuk Battlepass adalah pemain dapat mengumpul mata untuk dapat barang-barang ekslusif . BattlePass ni juga membenarkan pemain untuk membuka kunci level dan sebagainya.

Sumber: UBISOFT

Berita Terkini di: Sentrum.MY

#RainbowSixSiege #RainbowSixSiegeEmberRise #EmberRise #OperationEmberRise #RSS #CallMeHarry #Goyo #Amaru #Battlepass

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini esukan dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Selepas bersama Ahfu di RNG, kini LaNm kembali bersama Mushi di Keen Gaming

[#DOTA2] LaNm umum sertai Keen Gaming bersama-sama pemain negara Mushi di Keen Gaming tetapi kali ini sebagai jurulatih. 

AVANGAR juara Blast Pro Series Moscow | Bawa pulang lebih RM500,000

[#CSGO] AVANGAR muncul juara Blast Pro Series edisi Moscow semalam selepas menundukkan pasukan lawan forZe dalam siri 2-1.

Adakah Kuroky akan cipta organisasi Dota 2 beliau sendiri?

Pemain Team Liquid semalam umum berpisah dengan organisasi itu namun kedua-dua pihak - Kuroky dan Team Liquid mengatakan masih akan beraksi di musim baru.

TNC Predator lengkap dengan kehadiran Kpii dan March

Selepas pengumuman pelepasan Kuku dan juga Eyyou dari pasukan TNC Predator, pasukan gergasi rantau SEA itu umum kemasukan Kpii dan juga March.

Berakhir Sebuah Era | Pasukan Dota 2 Team Liquid umum berpecah

[#Dota2] Berakhirnya sebuah era apabila pasukan tier 1 Dota 2 Team Liquid umum berpecah sebentar tadi di laman rasmi sosial media mereka.

TNC Predator | KUKU dan Eyyou dilepaskan

[#DOTA2] Kelab esukan gergasi SEA - TNC Predator lepaskan dua pemain DOTA 2 mereka iaitu Carlo "Kuku" Palad dan juga Nico "eyyou" Barcelon.

Must read

AVANGAR juara Blast Pro Series Moscow | Bawa pulang lebih RM500,000

[#CSGO] AVANGAR muncul juara Blast Pro Series edisi Moscow semalam selepas menundukkan pasukan lawan forZe dalam siri 2-1.

Dota Pro Circuit 2019-2020 | Tarikh penting Minor, Major dan pembahagian mata

[#Dota] Valve telah mengemaskini tarikh pertandingan Minor dan juga Major Dota 2 untuk musim baru iaitu Dota Pro Circuit (DPC) 2019-2020.

Astralis Juara Berlin Major | Benam AVANGAR semudah ABC | Bawa pulang lebih RM 2 Juta

[#CSGO][#BerlinMajor] Astralis muncul Juara selepas benam pasukan AVANGAR yang seperti tidak melawan di dalam siri 2-0 dan bawa pulang lebih RM 2 Juta.
video

Berlin Major: Renegades, NRG tersingkir | Astralis vs AVANGAR di Grand Finals

Berlin Major kini sudah sampai ke pusingan terakhir dimana semalam, pasukan Avangar singkirkan Renegades manakala Astralis singkirkan NRG.

You might also likeRELATED
Recommended to you