GAMING | ESUKAN Dota 2 Raven sertai FNATIC, 11K MMR 23Savage is out

Raven sertai FNATIC, 11K MMR 23Savage is out

-

[#Dota2] FNATIC umum Marc Polo ‘Raven’ sertai roster baharu mereka sebagai posisi satu sekaligus berakhirnya perkhidmatan 23Savage.

Raven FNATIC
Raven sertai FNATIC. Foto FNATIC

Awal pagi tadi Geek Fam umum pelepasan Raven dari roster lengkap mereka namun ketika itu sudah pun kedengaran ura-ura bahawa 23Savage keluar dari FNATIC. Namun kini berita berkenaan telah pun menjadi kenyataan dimana Raven pasti menggantikan 23Savage.

23Savage baru-baru ini cecah 11k MMR dimana beliau merupakan pemain kedua untuk capai mata tersebut selain dari Abed pemain Evil Geniuses yang berasal dari Filipina.

Geek Fam tunjuk taring di kedua kejohanan terakhir dimana mereka julang kejuaraan untuk ONE Esports Dota 2 Sea League dan juga BTS Pro Series SEA. Geek Fam tumbang dengan pasukan negara NEW Esports yang di bawa oleh DDZ untuk Asia Summer Championship di tengah2 kejohanan tadi.

Fnatic pula 5 kejohanan SEA sebelum itu dengan 23Savage sebagai carry utama mereka. Namun Geek Fam berjaya tumbangkan FNATIC di kejohanan paling akhir baru-baru ini iaitu ONE Esports Dota 2 Sea League dengan mata 3-1.

Raven bukanlah baru pertama kali sertai pasukan FNATIC malah beliau pernah bermain untuk jersi Hitam Kuning tersebut di awal tahun 2016.

Roster penuh FNATIC:

  • Marc Polo ‘Raven’ Luis Fausto
  • Kam ‘Moon’ Boon Seng
  • Daryl Koh ‘iceiceice’ Pei Xiang
  • Djardel ‘DJ’ Mampusti
  • Anucha ‘Jabz’ Jirawong

Roster FNATIC kini dilihat antara yang paling kuat dengan kembalinya Raven kedalam roster. 23Savage juga tidak kurang hebatnya namun mungkin tidak kena dengan cara permainan Fnatic kebelakangan ini.

Semoga berjaya buat 2 pemain hebat SEA ini.

Sumber: FNATIC

#23Savage #Raven #FNATIC #GeekFam #SEADota #ONEEsports #ONEDota2

Jangan lupa support page SENTRUMMY untuk info terkini Dota 2 dan content menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Seorang bekas ahli media dan penulis baru didalam dunia penulisan namun telah lama meminati dunia esukan. Into Music, Movie for fun and IT Tech for work. Thank you for the love and support geng! Email me at afrozoso@sentrum.my for anything including collaboration, news and even lepak!

Latest news

Raven sertai FNATIC, 11K MMR 23Savage is out

FNATIC umum Marc Polo ‘Raven’ sertai roster baharu mereka sebagai posisi satu sekaligus berakhirnya perkhidmatan 23Savage.

Liga Fantasi SentrumMY : WE HAVE A WINNER!!!

Rasanya tidak terlambat bagi Sentrum untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Liverpool dan pemenang liga fantasi SentrumMY

PMWL -Team Secret MY Juara Super Weekend 2

[#PMWL] Pusingan Super Weekend 2 PMWL perlihat pasukan negara Team Secret MY mencantas pasukan lain untuk berada di no 1 liga semalam

KuroKy tidak hadir ke Dota Pit bersama Team Nigma

Kapten pasukan Team Nigma Kuro “KuroKy” Takhasomi umum tidak dapat bermain di kejohanan OGA Dota Pit Musim kedua EU/CIS akibat kesihatan.

Ceb kembali ke roster aktif, Sumail tinggalkan OG

[#Dota2] Juara The International 2 kali - OG umum Sébastien “Ceb” Debs akan kembali ke roster aktif manakala Syed "SumaiL" Hassan keluar.

Selepas Abed, kini 23savage pecah rekod – 11000 MMR

[#Dota2] Selepas Abed, kini carry FNATIC - Nuengnara ‘23savage’ Teeramahanon pula pecah rekod dunia dengan mencapai lebih 11000 MMR. 

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you